Bagaimana Dia Melakukannya?

>> Thursday, February 03, 2011

Anak tiga rasa nak tercabut tulang pinggul. Sudahlah terenjat kejutan budaya. Tak pernah-pernah duduk rumah dua tingkat, alih-alih berpindah ke rumah ada tangga. Rasa nak terkehel buku lali asyik turun naik atas bawah sambil mengkelek bayi. Memang patutlah ramai yang tegur achik nampak kurus sedikit [O.K. inilah isi tersirat perenggan mukadimah ini :kenyit:]

Nak dijadikan cerita, tadi tertengok TLC channel. Ternampaklah dokumentari berkenaan satu keluarga di US nun. Kemudian, achik google [eh, google sudah jadi kata kerjakah?] fasal keluarga Duggar. Pergh! Akak Michelle Duggar ini ada 20 orang anak O.K.? Kamu ada? Baru satu, dua, tiga atau empat sahaja, bukan? Paling banyak pun setakat lima, enam.


Yang buat achik ternganga tadi - kalaulah si Maryam campak mainan dalam mulut achik, boleh masuk agaknya - anak-anak itu semuanya home school O.K.? Tambah lagi, achik menangis tengok rumah dia yang kemas sentiasa sedangkan rumah achik bersepah seadanya, walhal anak dia dua puluh dan anak achik baru tiga. Tsk tsk.

Memang respeklah. Akak saspek dia bela hantu raya, sebab tak nampak pun maid kat rumah dia.

8 comments:

Ummu Auni 8:49 am  

kagum kan..home school lagi. huhuhu.

Lynn 9:34 am  

I suka tengok The Duggars ni. Their show named started from "16 and counting" to "17 and counting..." and so on. now dah ada 20 anak. I'm not surprise if she's pregnant again (she always IS!)

derang mmg devout Christians and anak-anak diaorang mmg dididik dengan baik jugak.. and the elder kids take care of the younger ones, mcm buddy system.

the eldest son pun dah kahwin and ada one baby girl, and another on the way. besar betul family ni hehe

aida 3:44 am  

Aku tgk siri ni dari masa dia pregnant anak no 16. Diaorg ni alim juga, tu family value very high

Nida 4:24 pm  

Peranggan terakhir tu buat k.ida gelak tergolek2. Ari tu kan masa k.ida gi jln rumah BIL, amah filipin rumah BIL rajin giler, setitik debu pun tarak, lepas anak2 k.ida main mainan n turun kejap jer nak sambung main balik, semua mainan dah tersusun kemas tersimpan, 4 tandas dlm rumah tu hari2 ditonyoh n sentiasa kering, sampai k.ida nak berak pun takut, takut kotor tandas. Dok x lama, terus k.ida balik..hii..x tahan weh, nak berak pon x selesa.

Tapi, nak cakapnyer minah tu mmg kurus kering, bontot pon x der. Teori k.ida mesti rajin kemas rumah sehingga setitik debu pon tarak, baru kurus kering. Sejak balik dr BIL tu terus semangat Cubi (nama maid tu) menyerap pada diri k.ida, now I'm Cuda!!

tinidewi 11:33 pm  

ummu auni: kagum banget, aku kena gali tips2 pengurusan famili dgn dia.

lynn: yes, aku baca website diorang, penuh dgn kata-kata madah pujangga kristian gitu.

aida: aku musykil pakcik duggar tu kaya keje apa? tengok duduk rumah je sentiasa.

k.ida: tapi, jangan sampai takde bontot lak k.cuda :-p

Lynn 2:04 am  

Pakcik Duggar tu banyak property... so derang ada passive income :D

plus don't forget by doing that show also means $$$ hehe

aida 6:57 pm  

pakcik duggar tu also christian motivational speaker. rumah yang diaorang duduk tu dia dengan anak-anak bina sendiri. further more, diaorang ni prudent gak.. pergi beli barang kat second hand shops also.. aku rasa ada diaorang bagitau tips untuk free from financial debts dan family value masa first documentary

Farra Da Smiley 9:02 am  

Tgk kat mana?
Sy x penah tgk plakk
Sy pon dh penat anak baru 4 umah mmg out haha

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP