Komik Sains Ikhtiar Hidup Lagi.
>> Saturday, February 19, 2011
Ibu manalah yang tak bahagia, kalau anak-anak rajin membaca. Selama ini penat menyucuk jarum, tapi hampa. Boleh ditulis haiku begini:
Buku majalah yang dibeli
Jadi ornamen di dalam almari
TV dan PC juga yang diminati
Eh, haikukah begitu? Hehe. Hantam sajalah.
Jadi, sangat-sangat teruja apabila Ameer suka membaca komik sains Ikhtiar Hidup. Rasa mahu menjerit hip hip horray apabila dia bertanya, "Dinosaur Jilid 2 mana?" Akak pun apalagi, cubalah merasuah. "Kalau Ameer rajin solat 5 waktu, rajin tolong Mama, jaga akhlak, Mama belikan yang Jilid 2."
Amboi, amboi. Memang rajin solat, dik. Laju saja kalau diingatkan. Malah, siap belajar basuh kasut dan basuh pinggan sendiri selepas makan. Akak pun kenalah tunaikan janji. Tak payah ke kedai buku. Klik klik saja di MPHOnline. Padahnya, alih-alih satu koleksi akak tekan 'Add to Cart'. Kemudian, sampailah posmen ke rumah akak dengan sekotak besar buku-buku :-)
Tapi, bukan untuk diberi sekaligus. Semalam, seorang dapat satu. Seronok betul mereka. Sampai mulut yang berkicau lapar, terus senyap mengadap buku hingga sejuk makan malam. Yang lainnya sudah disorokkan di dalam almari untuk sogokan rasuah akan datang ^V^
3 comments:
huhuhu harus belajar ngan kak tini ni, nak racun amni & fawwaz baca buku
berapa RM habis ni? aku nak pinjam boleh? nak bagi auni baca
da: kena tgklah anak-anak ko minat yg mcm mana. ameer ni sebab suka dinosaur :-)
ni: errr RM150 kot hehe. pinjam boleh dong. tapi, jgn terkejut dgn keadaan buku sbb anak2 aku membaca stail maknya juga ^V^
Post a Comment