Hari Wanita.

>> Tuesday, March 08, 2011


Weehee, hari ini kita yang punya! 8 Mac 2011 ialah Hari Wanita Sedunia. Bagaimana anda menyambutnya?

Sebagai surirumah, saya sambut cara surirumah sajalah, iaitu tiada sambutan istimewa kih3x. Namun, status FB saya berbunyi begini:

Hari Wanita? Saya sambut dengan melakukan senaman kardio di taman, bertemankan kicauan burung dan tempikan remaja bermain bola ^V^

Maklum sajalah, dah tua. Lagi 21 hari, bakal berusia 32 tahun :hint hint: Anak pun sudah tiga. Setiap kali bersalin, ada saja skru yang tertanggal. Kadang rasa badan macam kereta buruk pun ada. Jadi, kenalah jaga kesihatan.

Jika mahu tahu rutin berjalan saya, boleh intai blog Fattytini.

O.K.lah, itu saja buat kali ini. Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di luar sana! Jagalah kesihatan, kerana dirimu begitu berharga :-)

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP