Petua Hilangkan Muntah Serta Merta.

>> Sunday, March 27, 2011

Malam semalam, Maryam muntah-muntah dengan teruk. Minum sikit, muntah. Aduh, panik sekejap. Nak ke klinik, sudah malam dan takut muntah pula dalam perjalanan. Satu hal mahu menguruskan najis. Nak telefon talian hayat, i.e. ibuku yang bagaikan buku bergerak, awal lagi sudah lena diulit mimpi kerana mahu tahajud sepertiga malam katanya.

Di saat-saat beginilah achik kasih dan sayang akan Pakcik Google. Achik tanya kepadanya, "Wahai Pakcik Googleku sayang, apakah petua untuk menghilangkan muntah-muntah bagi kanak-kanak?" Itu bahasa Melayunyalah. Yang sebenar, achik tanya dalam bahasa Inggeris. Sebab budaya bangsa maju, mereka memang suka menulis hatta hal-hal remeh sekalipun. Tanyalah, pasti ada jawapan mereka.

Salah satu jawapan yang achik temui, begini bunyinya,

It is associated with other underlying conditions. Simple vomiting due to indigestion is easily relieved by smelling half a lime. Drinking a glass of lime juice also proves beneficial. A teaspoon of ginger juice with honey aids in proper digestion and averts nausea. Rest is vital in recovery. Increase the intake of liquids and water, as vomiting results in dehydration. Fruit juices replace the lost electrolytes, vitamins and minerals. Oral rehydration solution helps in the maintenance of electrolyte balance. Sip a glass of warm water with two teaspoons of honey in it. A cold compress on the head keeps the child better. Avoid solid and fatty foods. Ginger tea stops vomiting immediately. A mixture of a teaspoon of mint and lime juice each, with half a teaspoon of ginger juice and honey is an effective technique to curb vomiting and nausea. Dry roasted cardamom seeds are powdered and consumed with honey.

Uh oh. Achik suka dengan pernyataan ini --> Ginger tea stops vomiting immediately.

Uit, benarkah? Mari kita cuba. Lagipun, mudah saja membuatnya. Buat air teh, kemudian masukkan halia sebesar setengah ibu jari. Kemudian, berikan kepada Maryam. Minum perlahan-lahan ya, nak. Mukanya cuak juga, sebab takut muntah lagi. Tapi selepas beberapa sudu, Maryam berdiri tegak sambil kepalanya tunduk ke besen bersedia untuk muntah, tapi tak jadi. Lalu, dia sambung minum lagi.

Yahooooo! Menjadi!!! Alhamdulillah ^V^ Kemudian, dengan perut yang selesa, Maryam pun ajak Mama tidur hehehehe...

Oleh itu, ibu-ibu sekalian, kalau anak kita sakit, tak semestinya perlu ke klinik. Adakalanya penawar ada di rumah. Semulajadi lagi. Rajin-rajinlah bertanya kepada Pakcik Google. Kata kuncinya ialah Home Remedy, kemudian tulislah nama simptom atau penyakit. Insya-Allah, ada sahaja yang rajin menuliskan petuanya.

15 comments:

Hanis 4:42 pm  

fuyyooo....hebatttt...saya tak tau punnn....

tq for the tipsss...sgt bagusss

Badariah 10:13 pm  

wah!!best info ni tini...tq ya..tini,alang2 ko dah try..teh tu campur gula x..

tinidewi 9:15 am  

hanis: kak memang lebih suka home remedy daripada pegi klinik :-)

bad: aku letak gula macam bancuh teh biasa. bezanya campak halia seketul je :-)

geeyahtahir 9:10 pm  

halia tu perlu ditumbuk tak?

DCM Maziah Moen 8:48 am  

Teh jenis apa?i mean brand apa?

Muhamad Rizal 8:48 pm  

Baby 9bulan boleh ke

green snakehead 1:23 am  

Zulaikha lagi 12 hari nak sambut birthday ke 3. Mak dia kerja shift malam. 4 kali muntah. Mungkin sebab petang tadi try makan ubi rebus. Mlm pulak minum teh tarik ayah dia. Dah puas sapu minyak saya pun Google. Alhamdulillah, teh halia + gula sikit memang mujarab. Terima kasih daun keladi.. :)

JULIATI JOHARI 3:42 am  

Salam sister, alhamdulillah selepas saya berikan anak saya teh halia sikit, dia dh henti muntah dh. Dh lebih 6jam dari 7 mlm tadi, kejap2 dia muntah makan ubat dr, minum air, smua kua balik. Then google nampak ur posting. Saya kasi dia minum pakai straw sikit dan sejauh ni dia boleh tido dan tk muntah lagy. Harap sampai ke pagy muntahnya henti. Trima kaseh ye krane berkongsi petua ini.

Anonymous 1:52 am  

Ank sy umo 18..munth2 dr mghrb hg ke 130am. Sy dh risau..tringt nk google...search je tjuk petua tahan munth, trs nmpk petua u...cpt2 sy bt....alhmdulillah..dh senyp....tksih petua u, sis...mmg bkesan.

Anonymous 4:43 pm  

Assalam..mlm td sy yg htr komen atas tu...sy ingt blh lega bila ank sy dh brenti muntah..skjpnya brentinya..kul 2pg gitu munth blk sampai ke kul 6 gitu. Sy dh x thu nk bt apa...nk p hsptl x ada transport...sy tringt petua orgtua dl...tali ksut hitam...apalg..sy kuar rmh cr kasut yg ada tali hitam..nasib baik ada. Trs sy ikt kat perut dia. Dlm ms stgh jam gitu, trs baik..alhamdulillah...dgn izin Allah.

travelog siti 5:14 am  

Terima kasih atas perkongsian. Saya dah cuba tip ini minggu lepaa selepas muntah teruk awal kehamilan. 5 kali muntah sampaikan yg berdarah tekak..akhirnya jumpa perkongsian puan. Lepas minum perlahan-lahan, Alhamdulillah dgn izin Allah muntah berhenti.

Sheladeevi Shela 3:11 pm  

Bagus juga tips ni.klu berkesan mesti gembira.baru I bancuh bagi kpd anak menakan utk minum

Sheladeevi Shela 3:11 pm  

Bagus juga tips ni.klu berkesan mesti gembira.baru I bancuh bagi kpd anak menakan utk minum

My Samsung 10:29 pm  

Salam..nk tnya tea tu kena campur gula ke

Love Hijau 4:27 pm  

Alhamdulillah..satu perkongsian yang baik.Nanti nak cuba jugak juga petua nie jika berkesempatan.Halia memang antara herb yang baik

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP