Serbuk Roti @ Breadcrumb.

>> Friday, March 25, 2011

Dahulu, termenung juga kalau mahu mencuba resipi, tetapi nampak perkataan breadcrumb. Orang Melayu sebut, serbuk roti.

Bukan semua kedai ada menjual serbuk roti. Kalau di Benut, sahih tiada di Kedai Akiang atau Kedai Borhan. Malah, di Pasaraya Moh Heng pun belum tentu ada. Terpaksalah memandu ke bandar Pontian. Di Seksyen 7 Shah Alam ini pun, Pakcik Ali Maju atau pakcik-makcik grocer seumpamanya tidak menjual serbuk roti. Jika mahu, perlu ke pasaraya Giant atau ke kedai menjual bahan-bahan bakeri di Jalan Platinum.

Kalau tiada di kedai-kedai berhampiran, jangan menangis apatah lagi panik atau putus asa tak mahu cuba resipi langsung. Rugi. Resipi yang sedap perlu dicuba. Barulah surirumah berkaliber namanya.

Gantikan saja dengan roti. Nama pun serbuk roti, bukan? Begini caranya membuat breadcrumb atau serbuk roti:

1. Bakar roti di dalam ketuhar dengan kepanasan sederhana. Atau, boleh juga guna pembakar roti.
2. Apabila roti sudah keras, potong tepi roti. Tepi roti boleh dibuang. Cheapskate seperti acik sayang nak buang, jadi acik ngap.
3. Hiris roti dengan pisau. Nipis-nipis.


4. Atau, boleh juga ramas sahaja dengan tangan. Mudah dan cepat.

Ha, beginilah rupanya serbuk roti home made.


APA? Tiada roti? Ah, di ceruk mana kamu duduk? Internet ada pula, ya? :senyum:

12 comments:

knv 10:27 am  

bercakap tentang tinggal di seksyen 7, ko tak teringin ke nak jumpa akak voks nih?

sampek hatimu! :P

p/s: apa kata jemput akak minum petang rumah hang dengan jamuan serbuk breadcrumb dengan popia ayam yang sedap tu?

tinidewi 10:31 am  

alaaaa, tunggulah dulu keh3x. nanti ai buat open house. bukan takat ai, aini aida semua, ko boleh jumpa sekali arung! diorang pun belum rasmikan rumah ai ni...

knv 10:42 am  

nyampahhhhhhhhhhhhhhhh :P

Anonymous 10:49 am  

Aah tau psl breadcrumb homemade ni
Buat le entry psl buttermilk eheh

Farra Da Smiley 10:50 am  

Fara yg komen atas tu

aida 11:27 am  

Buat open house sempena aku balik, boleh jerrrr

Ummu Auni 1:54 pm  

wah wah setahun jadi SAHM, baru tunjuk skil memasak :P

tinidewi 2:58 pm  

farra: tak ngaji lagi hok tu.

aida: boleh boleh. bila aku boleh serang sri gombak? aku nak pergi rumah kak nor sekali ni. ada kain nak buat langsir. rumah pasang langsir baru, baru mengancam nak open house kih3x.

ummu auni: eerrr.. ni gambar kat rumah lama. tak perasan ke kitchen top dark brown ittew? baru sekarang tunjuk, sebab dulu ala-ala malu nak cerita hal-hal dapur :-p

aida 11:44 pm  

Aku maksudkan rumah k tini, nak g tgk umah sana :d

Tyha 7:45 pm  

Selalu gi seksyen7 adik dok situ...;)

Lynn 2:45 pm  

jom lah Gang of 4 serang rumah Kak Tini hehehe

mcja 11:29 pm  

adus...napelaaa masuk air sungguh kapla mu,gelak srg2 aku baca ayat penutup itu

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP