Popiah Goreng.

>> Thursday, March 24, 2011


Bahan-bahan untuk inti:
Seulas bawang putih (dicincang halus)
Secawan ayam cincang
Setengah cawan lobak merah
Setengah cawan kacang panjang
Setengah cawan tofu telur
Sesudu air stok ayam

Cara memasak inti:
1. Goreng bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam cincang, lobak merah, kacang panjang dan stok ayam. Goreng sehingga masak.
3. Masukkan tofu telur.
4. Perasakan dengan garam/gula mengikut kesukaan. Namun sebenarnya, rasa manis dan masin daripada bahan-bahan inti sudah memadai.


Bahan-bahan untuk popiah:
Kulit popiah
Sebiji telur

Cara memasak popiah:
1. Letakkan inti popiah di atas kulit popiah secara memanjang, lipat dan gulung. Di hujung kulit popiah, letak sedikit telur atau air supaya lebih melekat.





2. Panaskan minyak dengan api besar dan perlahankan api apabila sudah sedia untuk menggoreng.
3. Goreng popiah hingga kuning keemasan.

Sos pencicah? Tak payah susah-susah, dik. Beli sahaja yang sudah siap hehehe...

6 comments:

momsloveheart 1:13 pm  

tini, saya suka popiah, esp yg simple2 camnih. thanks for sharing!

blogadmin 2:51 pm  

gemuknya popiah awak....kenyang nih...hehehe...

btw..tak penah guna tofu telur utk inti popiah nih...tak hancur sgt ke?

tp dlm pic nmpak cantik je ek..nk try jugaklah...

p/s: siap lukisan tuh...i loike :)

aida 3:17 pm  

grafik popiah tu buat camna... ajar sikit

Nuridah 8:00 pm  

Salam ziarah dan kenal

sedapnya popiah tu kalau buat minum ptg dan pekena ngan nescafe panas2...

tinidewi 8:36 pm  

momsloveheart: ini versi mesra kanak-kanak :-) jika mahu pedas, boleh tambah cili (dipotong-potong kecil) atau perasakan dengan lada sulah/lada hitam.

hanis: resipi asal guna telur goreng. malas ops maksud saya, kurangupaya, nak goreng telur di kuali lain, jadi ditukarkan dengan tofu telur. hasilnya, lebih manis dan lembut :-)

aida: pakai Paint yo ^V^

nuridah: memang buat untuk minum petang pun hehehe. terima kasih ya for stopping by! singgahlah selalu ^V^

y@tipruzz 4:04 am  

ahhh popia my all-time feveret tambah2 di bulan pose mesti buat frozen stock :)

gigih tu siap ade lukisan i loike!!!

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP