Bijak, bijak.

>> Monday, April 18, 2011

Haish!

Rupanya anak daraku, Si Fatimah yang cantik rupawan, pipinya putih gebu, hidungnya pesek, bibirnya merah jambu, dahinya jendul, dagunya lentik, pandai sembunyikan pinggan gelas yang dibawa naik ke tingkat atas ke dalam almari. Kononnya biar Mama tak nampak. Heh! Kamu ingat Mama tak telek almari semasa mengemas rumah?

Heeee, pandai makan di atas, tapi malas nak bawa turun. Kalau kamu ada di rumah sekarang ini, Mama picit-picit perut kamu yang gendut. Mujur kamu di sekolah.

Siaplah kamu balik nanti. Mama bebel-bebelkan sampai telinga kamu bernanah.

Hai, anak-anak. Bijak bukan main. Bijak auta!

7 comments:

asz 11:53 am  

hahaha...fatimah fatimah..

Nusra 12:07 pm  

Kak tini kena renovate rumah tingkat atas, buat dapur lagi satu, hehee...

Ummu Auni 2:33 pm  

hehe

aida 4:21 pm  

sorok kat dalam almari?
port paling senang mama nak jumpa tu

mama2nur 6:26 pm  

bijak.. bijak.. :)

tinidewi 7:45 am  

asz: dah agak dah. kalau bab fatimah, mesti ko yang laju nak komen :-p

nusra: duduk kat rumah ihsan, tak boleh renovate sesuka hati hehehe..

ummu auni: :-p

aida: masalahnya, almari tu kosong, memang jarang buka. mujurlah aku gatal nak buka pintu tu.

mama2nur: ikut perangai sapa ntah tu hehehehe...

knv 10:38 am  

masa bebel tu, jangan lupa puji bab kreatip tu yerrrr :P

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP