Ikan Goreng Kelantan Mari.

>> Friday, April 15, 2011


Setiap kali balik Kelantan, wajib ada hidangan ini. Mak mertua memang suka sangat memasaknya. Saya pula suka sangat memakannya. Diratah-ratah sampai tulangnya dicicip-cicip. Silap haribulan, tulang pun ditelan. Licin!

Kalau ke pasar, jumpa ikan sardin segar-segar, apa lagi! Rembat banyak-banyak. Buat Ikan Goreng Kelantan Mari sahih sedap!

Disunting: Nama sebenar hidangan ini ialah Ikan Rebus Kering Garam. Terima kasih myjuliana ^V^

Begini caranya memasak Ikan Goreng Kelantan Mari. Setelah ikan disiang dan dicuci bersih sambil mulut terkumat-kamit berselawat ke atas Nabi Muhammad, susun ikan di dalam periuk dan tabur garam. Tabur saja sudah cukup. Tak perlu disapurata. Barulah ada gaya chef Mat Salleh yang kita tengok di TV. Kemudian, bubuh asam keping berkeping-keping. Ikutlah kesukaan kamu ya. Cuma nak ingatkan, asam keping ini masamnya lain macam. Pandai-pandailah seimbangkan. Untuk sekilo ikan, dua atau tiga keping sudah mencukupi.

Disunting: Tambah sedikit gula melaka dan lengkuas untuk rasa yang lebih mengancam. Terima kasih elle dan myjuliana ^V^

Kemudian, rebus tanpa air dengan api kecil. Nanti air ikan akan keluar sendiri. Kalau mahu tambah sedikit air, silakan. Tak berdosa.


Apabila ikan sudah masak, boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk digoreng di saat memerlukan. Atau, mahu goreng terus pun boleh. Saya suka merebus ikan ini banyak-banyak supaya stok sedia ada untuk digoreng.

Disunting: Jika tidak mahu digoreng, makan begitu saja bersama cecahan air budu pun boleh. Terima kasih Ummu Auni ^V^

Awas ketika menggoreng! Letupan-letupan hebat bakal berlaku. Sediakan diri anda dengan peralatan keselamatan diri yang sesuai seperti penutup periuk. Atau, boleh tiru gaya saya, lari menonton TV di ruang tamu!

12 comments:

aida 9:33 am  

hok atah tu resipi ike singge pulok ambo tengok

tinidewi 9:40 am  

singge slalu ike tongkol, ke? hok ni utk ike kecik-kecik mace ike sadin.

Lynn 11:33 am  

wahhh so simple!

aida 11:41 am  

ambo tra belako... paka ike kecik pun hambo ggulai buak singge

Ummu Auni 12:26 pm  

hok rebus tu sokmo ambo buat
tapi ambo tak dok lah goreng. sebab ikan rebus make dgn budu pun, dah lalu, hehe

eLLe 3:01 pm  

laa ni faveret hubby sayaa kak tinie..die siap buat sendiri, beli ikan sardin/selayang, cuci ikan n rebus dgn garam kasar n asam keping...tp ade tambah nisa (manisan) skit, semua kelantan mari..

kami x masukkan dlm peti, kami panaskan tiap2 hari, makin lama makin sedaplaa bila digoreng...

hanis 3:40 pm  

uisshh terliur gak tgk...mesti rasa dia masam2x masin...hehehe

igtkan ikan yg digaul ngan bwg merah+putih+cilibo+garam yg ditumbuk..lps tu goreng.

Lain rupenya..buleh try ni.

p/s: x reti kecek kelate :P

julie.yaacob 1:47 am  

kalu nok sedak lagi, tamboh nise sket dan kuas (lengkuas) sehiris dua.. kito panggil ike ni ike rebuh kering gare (garam)

meme sedak sungguh.. lagi2 kalu ike tambe, tok pong ike ayo atau selaye.. hehe

tinidewi 2:06 pm  

ummu auni: ambo anok beranok tok make budu :-)

elle: gapo dio nisa tu? kut mano boleh beli?

hanis: sebenarnya tak reti kecek kelate jugok. ni gaya je lebih hik3x.

myjuliana: mu pun geng budu jugok? hehehe....

Ummu Auni 10:35 pm  

nise = gula melaka

cik, buku aku dah habis baca ke? ada org nak pinjam buku eliana aku

tinidewi 12:06 pm  

abis baca lama dah.... ha, insya allah kutitipkan pada cik mad isnin ni... eerr, nak siri mamak yang lain, aci tak? sonang yo bahasa indonesianya sebab banyak bahasa jawa :-)

MiSsZ 1:00 am  

kak de resepi best2 tak?? jom tukar resepi dengan keronsang nak?? http://missz84.blogspot.com/2011/04/sumbangan-resepi.html

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP