Mesra Petshop @ Seksyen 7, Shah Alam.

>> Tuesday, April 05, 2011


Ini Dr. Wan. Dr. Wan Ahmad Kusairy Bin Wan Sulaiman. Dia seorang doktor haiwan bertauliah. Dia juga memiliki rangkaian kedai haiwan kesayangan berjenama Mesra Pet Shop. Boleh dilihat di dalam gambar, Dr. Wan bergaya di hadapan kedai induk yang berada di Bandar Baru Bangi.


Baru-baru ini, Dr. Wan telah membuka satu lagi cawangan Mesra Pet Shop di Seksyen 7, Shah Alam. Saya dan anak-anak berkesempatan berkunjung ke sana pada hari pembukaan. Maklum saja, kedai haiwan kesayangan itu terletak berhampiran dengan taman tasik. Selepas beriadah, boleh terus mengintai haiwan-haiwan comel di sana.

Nama pun kedai haiwan kesayangan, mestilah ada menjual haiwan-haiwan kesayangan. Contohnya:

Sepupu, bekas kekasih, abang ipar, semua saudara mara dan geng sekolah Hamtaro pun ada. Ya Allah, tinggi sungguh tahap metabolik hamster-hamster ini. Tak boleh duduk diam! Kita yang tengok pula yang naik letih.


Guinea pig? Errr, khinzirkah? Minta maaf ya, di Mesra Pet Shop, hanya haiwan yang halal sahaja. Melayu panggil sopan sedikit, iaitu tikus belanda. Arab panggil khinziirul bahri hindiyyi. Ada bunyi haram, tapi halal ya, adik-adik.

Selainnya terjahlah sendiri. Yang pasti, tiada binatang haram kerana Mesra Pet Shop adalah sebuah kedai haiwan kesayangan yang berlandaskan syariah.

Macam-macam keperluan untuk haiwan kesayangan ada dijual di sini. Akak nak menyebut pun tak reti. Ntah apa namanya. Layanlah sendiri, O.K.?

Beg tangan untuk membawa haiwan kesayangan ke sana ke mari. Berangan Paris Hiltonlah itu!


Barangan keperluan haiwan kesayangan.


Ameer pun ternganga tengok rumah kucing. Siap ada buaian gantung lagi!


Comel-comel sangat rumah hamster. Bermacam warna dan aksesori untuk melompat, berpusing dan entah apa perkara lagi yang hamster lakukan berjam-jam tanpa henti.


Mainan dan aksesori untuk haiwan kesayangan kamu.


Yang ini memang mengada. Entah apakah namanya. Untuk bermain, mencakar tiang, menggigit bola, melompat, bersembunyi dan bermacam-macam lagi aksi kucing. Kelas kamu, cing!

Selain daripada itu, Mesra Pet Shop juga menawarkan perkhidmatan klinik haiwan, dan hotel haiwan. Malah, grooming pun ada! Menangis Fasha Sandha apabila melihat bulu kamu yang cantik itu, wahai kucing bertuah :-p

Kepada pencinta haiwan comel, apa lagi? Terjah, jangan tak terjah. Ada promosi di cawangan Shah Alam daripada 2 April hingga 2 Mei sempena pembukaannya ^V^

8 comments:

Ummu Auni 1:10 PM  

ni ambil gambar banyak2 ni, takkan tak angkut satu kut? bilalah aku nak pergi, ada org pindah shah alam, rumah asyik tutup je :D

tinidewi 6:21 AM  

the kids nego juga, minta hamster atau kura-kura. tapi aku cakap, gosok gigi pun hari-hari mama kena remind, inikan lagi nak jaga pets :-p

Anonymous 4:00 AM  

hello, saya nk tanya ckit yea~
mesra petshop di area section ade jual hamster kew?
kalau ade, harga seekor hamster
brape erk.?

-ELMO-

Anonymous 4:01 AM  

*area section 7*

some text missing
:)

PRESTIGE NETWORK 11:30 AM  

salam...nak tanya...di petshop ni ade jual sugar glider x? dan barang2 keperluan nya kerana saya sgt berminat dgn sugar glider :))

unknown 11:50 PM  

hmm...mcm ne nk g sne...alamat pn xd..apa nye website..

Anonymous 3:57 PM  

erm sugar glider tak ada kat situ. saya selalu pergi sebab dekat dengan rumah.
:)

Anonymous 4:10 PM  

hi.saye ade bela sugar glider...jual la jgak...sekor jantan rm200.tp kalo amek sepasang rm350. mula2 saje je bela,tp now dah membiak...byk plak.. email me if interested at mastura_05@hotmail.com

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP