Cuci Gigi di Klinik Pergigian Kerajaan
>> Tuesday, May 24, 2011
Sejak bekerja sepuluh tahun dahulu, tidak pernahlah menjejak kaki ke klinik pergigian kerajaan. Almaklum berduit. Syarikat pun beri peruntukan untuk rawatan gigi. Orang sudah memberi, kita pun merasalah! Takkan mahu tolak pula. Hehe.
Kiranya waktu itu, tiada kelaslah mahu ke klinik kerajaan. Cuci gigi pun mengada mahu ke klinik pergigian di Midvalley :-p
Sekarang, sudah tidak berduit, buatlah gaya tidak berduit hik3x. Gigih pagi-pagi sudah keluar rumah. Sampai ke Klinik Pergigian Shah Alam jam 8.20 pagi. Ketika itu, sudah ramai! Mujurlah dapat duduk, itupun terpaksa menyelit untuk masuk.
Mudah sahaja mahu ke Klinik Pergigian Shah Alam. Jika tahu Wisma Jakel Shah Alam, tentu tahu di mana lokasinya. Ia terletak di antara Wisma Jakel dan Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam.
Prosedur di klinik pergigian kerajaan begini ya, adik-adik, kakak-kakak. Mula-mula, ambil nombor. Tiket nombor tersebut ada dua. Satu untuk kita kepilkan dengan kad pengenalan/kad temujanji dan dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan di kaunter pendaftaran. Klip kertas juga ada disediakan di situ. Satu lagi untuk kita simpan. Kemudian, duduklah dahulu. Jururawat akan memanggil nama kita untuk urusan pendaftaran dan pembayaran pendaftaran sebanyak RM1.
Kemudian, duduklah lagi menunggu nombor dipanggil. Boleh tengok TV. Boleh baca buku. Mahu melangut pun boleh. Tetapi, kalau melangut berjam-jam, boleh sakit jiwa. Seeloknya bawalah buku yang tebal. Kalau terlalu nipis, cepat habis dibaca, nombor belum dipanggil. Haru-haru. Namun, di dalam ramai-ramai, hanya saya seorang yang membawa buku. Hebat sungguh tahap kesabaran mereka yang lain :-p
Alhamdulillah, giliran saya untuk berjumpa doktor gigi pun tiba. Jam 10.30 pagi. Tsk tsk. Apabila saya masuk ke dalam bilik rawatan, kelihatan seorang doktor gigi berbangsa India dengan jururawat Melayu. Begitu mesra doktor itu. Malah, memberi arahan kepada pembantu pun dengan lemah lembut. Gigi saya pun mendapat layanan yang mesra, lemah lembut dan teliti ^V^
Setelah selesai rawatan, jururawat akan memberi kad merah untuk dibawa ke kaunter pendaftaran. Di situ jugalah bayaran perkhidmatan dibuat. Untuk mencuci gigi, harganya RM2. Jika doktor memberi preskripsi ubat, ia perlu di ambil di farmasi.
Nah! Kos mencuci gigi hanyalah RM3 di klinik pergigian kerajaan. RM1 untuk daftar, RM2 untuk perkhidmatan. Tunggu dua jam pun tidak mengapalah. Asal dapat jimat! :-p
Jika di klinik pergigian swasta, khidmat cuci gigi atau 'scaling' berharga di lingkungan RM50 hingga RM150. Hasil yang sama, iaitu gigi yang bersih daripada kaviti, tetapi lebih cepat. Tepuk dada, seluk poket, tanya selera :-)
14 comments:
aaaa, bestnya... walaupun tunggu lama, berbaloiii
assalamualaikum
di tempat saya
klinik gigi kerajaan di tingkat 2
dan kerusi roda tak dapatlah nak naik ke atas. ada juga yg di bawah tapi sellau penuh,kena buat temujanji.last2 gi swasta juga jawabnya,:)
will do this next time! company bagi rm150 jek, sekali pergi anak beranak dah beratus2 habis..
p/s: baru habis rm750 buat crowning & rawatan gigi.. kalau crowning kat klinik kerajaan berapa ek?
julie
aida: kena ambil cutilah kalau yang bekerja nak ke klinik kerajaan. fasalnya hujung minggu confirm lagi ramai.
ummu: ya, saya pun perasan kebanyakan klinik pergigigan kerajaan di tingkat 2. yg di shah alam ini pun tingkat 2. yg kat kampung saya, i.e. pontian, tingkat 2 juga. kalau mahu yg di tingkat bawah, pergi klinik di pekan-pekan kecil hehehehe. di pekan benut langsung tiada orang di klinik gigi, org kampung takut jumpa dentist :lol:
julie: tak ingatlah crowning berapa. RM50 kot? tak mahal. even braces yg ribu-ribu tu pun RM500 sajork. tapi utk 16 tahun ke bawah sahaja :-)
saya tau selera saya, tapi bila check dengan poket macam tak sesuweiiiii! :P
hello tinidewi, thank you so much, this is a very good info!! esok jugak saya pergi...heheheh...=))))
hi u,boleh tlg I kasi exact location tak kat mana klinik gigi kerajaan kat Shah Alam ni. Need to go there laa. Kat bangunan apa ya? ur info would help me so much.
Klinik Pergigian Shah Alam,
No. 2, Persiaran Kayang, Seksyen 7,
40000 Shah Alam.
awak..
klinik gigi shah alam tu bukak hari-hari ke?
open everyday ? time ?
salam.
googled klinik pergigian kerajaan. found your blog. sgt berinformasi. hee~
thank you!
klinik pergigian shah alam ni memang banyak orang rekemen. kena try nih.. thanks for d info
Ada gak post pasal klinik gigi. Nak gi tampal gigi esok ni
Kalau weekend, klinik gigi ni beroperasi ke tak ea?
Post a Comment