Apabila Kanak-Kanak Berkumpul.
>> Monday, May 23, 2011
Saya selalu begini. Asal buat makan-makan, gambar kejadian malas diambil. Kemudian, menyesal.
Tidak mengapalah. Gambar 'selepas' pun jadilah. Tengoklah kebinasaan bilik kanak-kanak. Ibu bapa masing-masing jangan hendak nafi-nafi. Bukti ada.
Disyaki sekurang-kurangnya dua kanak-kanak perempuan yang bermain mak-mak. Dapur sudah diletak di tengah ruang dan dua kerusi disusun saling menghadap.
Nampaknya ada yang guling-guling atas katil sambil bermain atau membuat kerja seni.
Mungkin ini pula port kanak-kanak lelaki. Power Rangers, Four Arms dan pelbagai jenis trak menjadi mangsa :-)
Saya suspek Dina sebab dia seorang yang sudah besar i.e. darjah enam. Yang lain tidak cukup besar untuk tulis berkhat-khat begini. Ibunya kalau mahu nafi, sila tulis komen. Baca blog pandai, komen tidak pernah :-p
Yang ini, ibu-ibunya tidak boleh nafi. Ada pengakuan bertulis oleh si pelaku.
Yang ini pula, pelakunya tidak diketahui. Pelaku menggunakan berkeping-keping kertas hanya untuk menyalin 'ONE BLUE BUNNY'. Tetapi, dia berhemah sedikit. Selepas ditulis, kertasnya digumpal-gumpal lalu dimasukkan di dalam tong. Masalahnya, tong tersebut sepatutnya berisi blok, bukan sampah.
Tersenyum dengan perangai kanak-kanak. Itulah, para ibu sibuk dengan tudung Ariani sahaja!
Ehem, anak lelaki siapa berbaju merah? Fatimah asyik sebut yang baju merah. Apabila ditanya siapa, katanya tidak tahu nama :-p
13 comments:
yang berbaju merah tu fahri kot? eh fawwaz ke afif?
oh my memories...
cik mad kata Afif. entah, kita tanya ibunya. Fawwaz pakai baju hitam, ai ingat sebab dia macho hari tu, gaya rocker :-p
Fahri ckp bukan dia tulis, dia main. Akaka
Yang atas meja tu dialah kot yang main. Power rangers bersusun2 keh3x.
Afif la tu...hahaha
kenapa fatimah sebut warna merah? afif pelaku apa...?
ai rasa, fatimah macam minat yang baju merah tu hik3x.
fenin.. fenin.. anak dara sorang ni
fatimah.. fatimah.. :D
yang pasti... bukan anak saya hahahaha
LOL lynn :P
hoh! fatimah itu ramai sungguh yang diminatinya!
itu tak campur lagik anak2 ai yang 4 orang itu. mau lagi banyak evident2 yang boleh dicapture! :D
kalau ada anak hang, ai rasa ebidennya ai bubuh besar-besar 'PELAKUNYA ANAK KNV' keh3x.
Post a Comment