Girls Get Together.
>> Sunday, May 22, 2011
Buat malu jawa saja. Tetamu sudah sampai, makanan belum siap hidang. Mujurlah tetamu itu jawa juga, malah macam kembar lagi. Seiras, kata orang. [Tentunya saya yang lebih cantik :-p] Sudahlah sepejabat. Acap kalilah orang tertukar kami berdua. Apatah lagi, portfolio kami saling berkait. Kalau mesyuarat, dua-dua perlu ada. Kalau naik tanduk pun, sama-sama. Inggeris kata, partner in crime.
Adakah patut, tetamu yang seorang ini, datang-datang terus masuk dapur, buka peti ais bawah, buka peti ais atas, buka almari? Kalah mak mertua lagaknya! HAHAHAHA. Very the javanese, okay? Bahasa jawanya begini, kok kae wong jowo?
Apa pun, terima kasih kepada tetamu yang datang. Seronok sangat. Kalau ada salah silap, lauk tidak sedap atau layanan yang hambar, minta maaf banyak-banyak. Kepada kawan-kawan yang tidak dijemput, jangan merajuk ya? Buat kecil-kecilan sahaja. Maklumlah, tuan tanah masih sakit. [Poket pun cepi, bak kata orang kampung.]
Ehem. Gang of Four siap membeli belah di Ariani lagi :-p Nak contact seorang kakak yang kononnya rumah di hadapan Ariani untuk ajak berjemaah, tiada nombornya pula :-p
6 comments:
Kakak tu, aku ada no phone dia..tapi tak tahu pakai lagi ke tak.
Best la makanan hari tu, lain kali masak macam tu, aku serbu lagi..hahaha. boleh shopping kain lagi :p
shopping kain ke tudung.... astagfirullah :P
aini: ehem. boleh je shopping kain. jakel situ sokmo sales. cumanya korang je la asyik bizi memanjang. nyampes aku nak set tarikh :-p
aida: itulah pasal hik3x. tu belum ajak pusing dezahra lah, hajra lah, bermacam butik ada kat situ. rambang-rambang. tapi kat situ, aku prefer retail therapy kat kedai jual bahan bakeri :-)
I stop kejap beli tudung... insaf dalam 5-6 bulan hahaha
ai kah kakak yang dimaksudkan? nah ini no hp ai. sila salin dan sep dengan kadar segera. 013-2799488. lepas 5 saat mesej ini akan dinyahkan secara otomatik.
next time around, buat rumah ai pulak ek?
(keji betul korang sopping ariani tak holler akak tau!!!)
wokay, dah salin! rumah yu yang mana, yu? yang baru ke? hik3x. merasalah ai bau banglo yu yang ada swimming pool :-p
Post a Comment