Fatimah Yang Sakit.
>> Friday, May 20, 2011
Dia demam. Perutnya tidak selesa. Asyik mengadu mahu muntah. Tetapi yang keluar, hanyalah air liur dan lendir.
Dalam keadaan begitu, perangainya tetap mencuit hati. Dia begitu polos sekali membuat kenyataan ketika ditanya mahu sekolah atau tidak.
"Saya sakit. Tetapi, kalau pergi sekolah, saya tidak rasa sakit. Sebab ada Akmal Danish."
p/s: Malas mahu melukis gambar yang dijanjikan. Kamu faham bukan penerangan yang diberikan?
2 comments:
Dulu rasa cam ameer yg nakal, nih fatimah lg nakal
statement dia tu yang tak boleh blah kih3x. muka innocent je masa cakap :-p
Post a Comment