Sesi Fisioterapi yang Pertama.
>> Saturday, May 14, 2011
Suara lelaki menerjah telinga, "Puan Hartini?"
Saya segera menjawab, "Ya, saya," lantas meletakkan surat khabar yang dibaca ke tempat asal.
"Mari masuk ke dalam."
Saya membuntutinya dengan penuh tanda tanya. Masuk? Tetapi, bukankah peralatan bersenam semuanya di bahagian luar?
Seperti tahu-tahu, dia menerangkan, "Mula-mula, kita akan mulakan rawatan menggunakan mesin. Kemudian, baru kami akan ajar cara-cara bersenam."
Di bahagian dalam, terdapat bilik-bilik rawatan yang hanya bertutup langsir. Juru terapi itu menyelak langsir Bilik 6. Hanya ada satu katil dengan lubang tengah di pangkal dan satu mesin.
"Silakan baring, puan."
"Menelentang atau meniarap?"
"Meniarap, ya puan. Kepala puan di lubang itu."
Dengan bersusah-payah, saya memanjat katil dan baring di atasnya. Dan bermulalah rawatan fisioterapi. Mula-mula, bahagian yang sakit diletakkan 'hot plate'. Panasnya bukan main! Pijar kulit dibuatnya. Setelah menderita berminit-minit, dirawat pula dengan 'electric current' selama 15 minit. Memandangkan kulit sudah pijar dek kepanasan melampau, karen letrik itu terasa seperti gigitan semut sahaja. Rawatan terakhir adalah 'ultrasound' selama 7 minit. Hmm, ingatkan ultrasound untuk intai bayi dalam perut sahaja :-p
Komen saya, seperti rawatan spa! Agak-agak, boleh cairkah lemak di bahagian yang dirawat itu?
Yang tertekannya, kesucianku ternoda. Huwaaaaa! Mujurlah juru terapi lelaki hanya di awal rawatan sahaja. Selepas meletak 'hot plate', juru terapi wanita ambil alih. Sampai tiga orang. Itu pun, adakalanya mereka terpaksa meminta bantuan juru terapi lelaki tadi, kerana mereka masih pelajar. Siap berbincang-bincang cara yang betul. Ada yang cakap, "Aku tidak pandailah guna mesin ini!" Huhu, jangan, dik. Nanti akak masuk Harian Metro, muka depan lagi. Yang lelaki tadi, terserlah kepakarannya. Jadi, mahu tak mahu, redha sahajalah :-p
Adik-adik, cepatlah pandai! Akak tidak direla. Harap-harap sesi seterusnya dirawat oleh perempuan sepenuhnya.
Kemudian, salah seorang pelajar dalam latihan itu mengajar dua senaman sambil dipantau juru terapi lelaki tersebut. Seronok! Dia juga mengajar teknik-teknik pergerakan asas seperti bagaimana mahu bangun, mahu baring, mengambil barang jatuh dan sebagainya. Alhamdulillah, teknik-teknik tersebut sangat-sangat membantu kerana sakit belakang sudah berkurangan. Insya-Allah, jika ada kesempatan waktu, saya kongsikan di sini.
Mulai minggu depan, sesi fisioterapi saya diadakan dua kali seminggu. Tak sabar! Katanya, mereka mahu ajar senaman-senaman yang lain. Woohoo!
Oh ya, selepas ini, perlu bawa buku. Bosan meniarap. Kurang-kurang, boleh lupakan kesakitan :-)
6 comments:
Cik. Siapa jaga anakmu ketika physiotherapy theraphy?
moga sakit belakang akak berkurangan dan sembuh... i'm liking your positive attitude :)
bunyinya mmg cam spa..same Q ngan aini, anak letak di mana?
ummu auni & farra: maryam hantar taska :-)
mynie: positive attitude creates positive energy :-)
Salam akak, nak tanya ni terapi buat kat hospital mane?Suami saya ada sakit slipped disc jugak, taklah teruk sangat tengah pikir nak ambik terapi...entah nak buat dekat UMSC pantai , atauke Chiropractic sahaje...
anonymous: buat di DEMC, Shah Alam. buatlah terapi, natural treatment. sebelum pegi terapi, kena jumpa doktor pakar dulu untuk diagnosis and then doktor akan recommend fisioterapi. ataupun kita tergedik request fisioterapi from doc. perlukan diagnosis sebab di fisioterapi nanti, juru terapi akan buat treatment based on diagnosis doctor.
Post a Comment