Diagnosis.

>> Wednesday, May 11, 2011

Dengan wajah yang sedih dan suara yang hiba, doktor berkata, "Maaf, puan menghidap barah otak."

Itu skrip drama melayu.

Yang sebenar begini:

Dr. Chang: Pertama, tulang belakang kamu bengkok. Pernah terjadi apa-apa sebelum ini? Terjatuh atau kemalangan?
Hartini: Saya tidak berapa pasti.
Dr. Chang: Tidak mengapa. Mungkin kamu mengengkot ke kiri semasa kamu rasa sakit, jadi ia bengkok sebegitu. Kedua, tulang rawan kamu terkoyak sedikit dan tertonjol lalu menekan saraf. Sebab itu kamu merasa sakit.
Hartini: Jadi, bagaimana mahu membetulkannya?
Dr. Chang: Ia akan selamanya begitu. Kecuali keadaan semakin teruk, dan kamu mahu melakukan pembedahan. Di mana kamu akan dibius dan jarum akan disuntik ke tulang rawan.
Hartini: Saya rasa tidak perlu pembedahan buat masa ini.
Dr. Chang: Bagus. Sementara itu, kamu ambil ubat penahan sakit dan menjalani fisioterapi. Kita jumpa lagi pada awal Jun.
Hartini: Baik!

Alhamdulillah. Pagi tadi, saya sudah bersiap sedia kalau-kalau doktor mengatakan barah rahim. Dakyah mana entah, tetapi memang sakit belakang antara simptom-simptom barah rahim. Banyak sangat menonton telenovela, begitulah! Asyik fikir yang bukan-bukan.

Menurut catatan doktor, penyakit saya ialah Degenerative Disc Disease. Pertama kali dengar, namun bersyukurlah bukan Slipped Disc.

Apa pun, saya sangat teruja untuk sesi fisioterapi pada jumaat pagi. Wow! Saya bakal mempunyai Personal Trainer sendiri. Percuma lagi. Tidak perlu membayar ratus-ratus untuk keahlian gim :-p

9 comments:

asz 2:18 pm  

glad it's nothing serious..selamat berterapi!

eLLe 2:52 pm  

take care kak tinie..

Nida 3:04 pm  

take care Tini..bkn sbb exercise ker?

hanis 3:10 pm  

Semoga cepat sembuh pn.tinie.
Positive selalu yek :)

Ummu Auni 3:27 pm  

slipped disc ek?? kawan aku forever makan pain killer. hopefully with physio, you'll get better. amin

tinidewi 4:36 pm  

asz: thanks :-)

elle: thanks :-)

k.da: rasanya bukan sebab exercise. tini exercise relakslah sangat. jalan kaki je. lagipun, bila tini pegi jalan kaki, i feel better. bila ponteng jalan kaki, rasa sakit.

hanis: insya-Allah, cuba untuk positive ^V^

ummu auni: bukan slipped disc. alhamdulillah. walaupun bukan, still depending on painkiller since last weeeks.

Lynn 5:16 pm  

take care Kak Tini! kalau PT you hensem, intro lah ye! hahahaha

aida 7:09 pm  

Selamat berfisio

ummunaqiha 9:19 am  

semoga selamat semuanya tini..

:D

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP