Suntingan Pertama.

>> Wednesday, May 04, 2011

Aini berkata, "Telefon sahaja penulis."
Saya tertawa kecil lantas menjawab, "Bagaimana mahu telefon, penulisnya di Jordan!"

Memandangkan bukunya sudah pun terbit dan senaskhah telah sampai ke peti surat saya, bolehlah diwar-warkan. Hei kawan, inilah dia manuskrip pertama yang saya sunting! Bukunya bertajuk Batu-bata Kehidupan, tulisan Hilal Asyraf.



Wow wee! Seronok rasanya apabila terpandang nama di situ. Walaupun sekadar penyunting, terselit juga rasa bangga. Tapi, tidaklah bangga sangat, kerana suntingan tidak 100% mantap. Masih ada ruang untuk diperbaiki. Apabila dibukukan, mata lebih cepat menangkap kesalahan-kesalahan. Tak mengapalah. Untuk seorang amateur, hasilnya boleh tahan [penilaian sendiri, acikah?]

Baru-baru ini, saya menyunting manuskrip terjemahan. Sebuah buku motivasi hidup yang ditulis oleh seorang pakar bedah. Tajuknya, rahsia :-) Apabila sudah terbit, baru boleh cakap :kenyit:

7 comments:

Lynn 11:14 pm  

wow congrats!

aida 6:29 am  

Penulis ni katanya berasap emel, keh2. Kalau aku mmg taklwh thn maaa

tinidewi 7:40 am  

lynn: thanks!

aida: hehehe....

SMM 9:42 am  

kak tini,
jangan ditanya review buku sedap dan patut dibeli atau tidak, sudahlah.. hehe ;p

tinidewi 9:47 am  

mynie: jangan ditanya pada penyunting, nanti bias hehehe...

asz 10:30 am  

congrats beb! aku tumpang bangga!

Ummu Auni 7:51 pm  

kikikiki....

terjemahan PTS macam mana?

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP