Buaya di Tasik Seksyen 7 Shah Alam?

>> Thursday, June 30, 2011

Kecebur!

Opocot, mak! Apa yang dalam tasik itu? Sampai berkocak-kocak airnya.


Kayu atau buayakah?

Langkahku terhenti. Senyap. Aku menunggu airnya berkocak lagi. 1, 2, 3. Masih senyap. Mungkinkah benar buaya? Mungkinkah tersesat kerana hujan yang deras 2 hari lepas? Wow, ini berita gempar! Buaya di bandar Shah Alam!

Aku dapat bayangkan wajahku yang beria besar-besaran terpampang di Harian Metro dengan tajuk 'Buaya & Suri'.

Aku menunggu lagi dalam debar. Kemudian, air berkocak lagi. Kulihat tompok hitam timbul di permukaan.


Kemudian bertompok-tompok lagi yang timbul. Tenggelam timbul, tenggelam timbul bak renang berirama. Eh, kenapa tampak comel binatangnya? Laaa... binatang ini rupanya :-p


Gambar-gambar memerang diambil dari Internet untuk menetapi jalan cerita :-) Tapi ceritanya, cerita benar.

Apa pun, apa yang memenrang-memerang ini buat di bandar Shah Alam? Mereka pun berhijrah dari kampung ke bandar untuk menikmati kehidupan urban? Duduk kampung sajalah memerang oi, lagi bahagia. Berserabut duduk di bandar. Tak payahlah nak urban-urban kononnya :-p

8 comments:

::ziLla:: 1:44 pm  

comel je gambar..ingatkan gambar betul kat shah alam

tinidewi 2:16 pm  

tgh round tasik tak bawa kamera hehe. BTW, tengok live pun comel. diorang tenggelam timbul in rhymes. cute sgt berenang berpasukan, mcm kerjasama wonderpets gitu :-)

Badariah 7:08 pm  

terkezut gak aku,baca N3 ni..kan best kalau betul2 buaya...gan ko2 sekali masuk paper..malam berita pulak..hihi...ape pun comey ler memerang tu....

Cikrosecute 12:56 am  

hahaha...memang suspen giler...ingatkan ada buaya betul tadi...

tinidewi 8:10 am  

bad: bengang gak aku bila tau rupanya memerang. kalau tak, glamer doh!

tinidewi 8:10 am  

cik rose: itulah pasal. gempar kalau buaya betul, kan? :-)

knv 7:04 pm  

sapa yang glamer? ngko ke buaya? :P

Anonymous 5:56 am  

As long as your ski clothes are still in good condition, you can [url=http://www.cheapnorthfacejacketsales.com/]north face sale[/url] Together with winter coming, it's important for people comfortable cheap North Face jackets, [url=http://www.tnfcouponsclearance.com/]clearance north face[/url] stars establish the obligation related with symbolizing the continent in a broad way,

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP