Mencari Tuhan.

>> Tuesday, June 28, 2011

IKIM FM, Radio Pilihan Anda. Tentunya, pilihan saya juga :-)

Beberapa hari lepas, saya mendengar bual bicara bersama Mohd Amin di IKIM FM dalam kesesakan di sekolah agama Ameer. Mohd Amin adalah seorang muallaf berbangsa Cina. Mendengar kata-kata Mohd Amin yang teratur, penuh kasih sayang dan keikhlasan, rasa macam nak nangis saja.

Ketika itu, dia ditanya tip-tip bagi non-muslim untuk membantu mereka mendapat hidayah memeluk Islam. Saya kongsikannya di sini kerana walaupun kita dilahirkan Islam, tak semestinya kita sudah pun menemui atau mengenali tuhan. Tsk.

Katanya begini.

Pertama, tanya diri sendiri apa tujuan kita hidup di dunia ini. Kita hidup di dunia ini untuk apa?

Kedua, tanya diri sendiri apabila kita mati kelak, ke mana kita pergi.

Ketiga, tanya diri sendiri bagaimana dunia ini boleh wujud.

Nasihat Mohd Amin, carilah jawapannya sendiri. Bacalah kitab-kitab semua agama yang ada di dunia ini dengan hati yang terbuka dan ikhlas, dan lihatlah mana yang dapat memberi jawapan yang jelas tentang soalan-soalan ini.

Kata Mohd Amin lagi, dunia ini pentas ujian, manusia akan sentiasa diuji, kita akan berhenti diuji apabila kita mati, maka hadapilah hidup ini dengan tabah.

Moga dapat membawa manfaat kepada kita semua.

Mohd Amin, pasti ada kesilapan saya dalam memetik kata-kata awak, jadi saya harap awak maafkan saya --> bunyi macam sarikata cerita Korea, ya saya baru siap menterjemah satu drama :-p

3 comments:

SMM 11:30 am  

wah translate drama korea.. err kak tini pandai bahasa korea ke? ke drpd english ke bm?

tinidewi 11:33 am  

mynie, depa dah translate BI dulu siap-siap. kita tinggalkan translate ke BM jah :-)

knv 10:34 am  

allah.

:D

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP