Mari Belajar Bahasa Arab Bersama Dhuha.

>> Sunday, June 05, 2011

Pertama kali dengar lagu 'Al-Hayyawanat' di radio IKIM. Terus Ameer suka. "Wow, Bahasa Arab!" katanya. Saya perasan, walaupun Ameer seorang gamer tegar, minatnya lebih ke arah itu. Ujian Bahasa Arab selalu mendapat 90% ke atas. 100% pun banyak kali juga. Jadi, apabila dengar lagu-lagu Bahasa Arab, memang layan habis!

Kemudian, selalulah dengar berkumandang di radio IKIM. Dok terfikir, bagaimana mahu dapatkan lagu itu. Kotlah ada di laman web IKIM. Tup-tup, dengar rancangan di radio IKIM berkenaan lagu ini. Edaran Saffron Marketing rupanya!

Menariknya, lagu-lagu ini adalah ciptaan seorang pensyarah bahasa Inggeris yang tiada kena mengena dengan Bahasa Arab. Kisahnya, dia mahu belajar Bahasa Arab tetapi tiada kawan untuk berlatih bercakap dalam Bahasa Arab. Jadi, dia buka kelas Bahasa Arab untuk kanak-kanak supaya dia ada geng beregu. Dan, dia dapati kanak-kanak lebih mudah belajar dengan menyanyi. Lalu, dia pun ciptalah lagu-lagu ini. Haaa.. begitulah ceritanya.


Semalam sudah pun mendapatkan maklumat bagaimana mendapatkannya. Insya-Allah, saya hendak ke Saffron Marketing rabu hadapan. Ada geng yang mahu juga? Harganya hanya RM20. Berbaloi rasanya melabur RM20 untuk pendidikan anak-anak. Lagipun, kita pun boleh belajar sekali. Tidaklah terkulat-kulat, terkebil-kebil kalau ditanya, "Mama, kabiratun itu apa?" Masyuuukkkkk lagu-lagunya, tau!

Jika hendak, bolehlah tinggalkan komen. Nanti saya belikan sekali, insya-Allah.

10 comments:

tini swak 10:28 am  

tini, aku nak! tolong belikan untuk aku :)

Ummu Auni 11:04 am  

Nak!

asz 11:04 am  

hmm..menarik jugak ek..CD tu patut bole dgr dlm keta tak? kalo bole mcm nak jugak!

aini 9:02 am  

kak tini, nak jugak,:)

tinidewi 10:59 am  

eerrr. yg ni aini mana pula? sama tak dengan ummu auni? hehe...

::ziLla:: 5:24 am  

nak jugak...

aini 8:46 am  

kak tini,tak sama..saya junior akak masa kat STF dulu,:)

nurminah 3:16 pm  

tini,

boleh kirim lagi ke ni?kalau boleh then nak jugak 1.

*officemate aida

Neri 11:39 am  

Tini, i want also! just send how-to to my email, yah! (neridgger@gmail.com)

Sofia 9:02 am  

I liked your blog thanks for sharing this.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP