Orang-orang Yang Kreatif.

>> Saturday, July 30, 2011

"Helo, Tini. Ini Salinalah!"
"Salina? Salina mana?"
"Hai, Salina, Salina..."

Talian terputus. Salina? Kebetulannya! Saya memang dah lama cari Salina. Cari di Facebook tiada. Di Google pun tiada. Tapi, apa hal Salina telefon tengah malam buta? Saya tengok jam. Dah nak 12 malam. Salina yang saya kenal, ada kelas. Dia takkan telefon orang waktu-waktu pelik macam ini.

SMS masuk.

Tini, kenapa putuskan call? Salina ini.

Salina Rahim? I ingat u yang putuskan.

Yalah. Line x berapa clear kot. Di mana skrg?

Shah Alam, seksyen 7. Mana kau hilang, beb? Kat facebook pun takde.

Ina ada masalah dengan ayah mertua ina tu... gatal sgt.

Hmmm... satu kesilapan besar apabila dia menggunakan kata ganti diri "Ina." Tak mengapalah, kita layan dulu.
Bila masa kau kawin? Aku tak tahu pun.

Eh bukan ayah mertua ina, tapi ayah mertua kakak ina.

Kali ini, saya sengaja tak menjawab. Saya nak tengok apa tindakannya selepas itu.
Takpelah, rasanya tak patut saya cerita kat kak.

Hehe. Cuba memancing dengan simpati, ya? Saya memang teringin nak jawab, "Memang tak patut pun kau cerita sebab kau takde kakak hehe." Kalau dia auta cakap dia kahwin senyap-senyap, mungkin saya percaya. Tapi kantoilah sangat kalau menipu fasal adik-beradik sebab Salina itu teman sebilik selama bertahun-tahun di Cyberjaya. Saya tahu berapa orang adik-beradiknya, malah saya tahu kisah percintaan ibu bapanya.

Saya tak mahu provok. Jadi saya biarkan smsnya tidak berjawab. Entah apa tujuan si penyamar itu. Mahu tipu duit? Atau mahu menghantar gambar-gambar lucah? Walaupun rasa ingin tahu itu membuak-buak, tapi saya tahankan sajalah. Tak usah dilayan, nanti masuk lubang.

Yang pastinya, zaman sekarang ini, orang Melayu semakin kreatif :-)

Suami pun pernah kena. Taruhannya motor. Dia iklankan motor di Mudah.my. Pagi-pagi Sabtu dapat sms dari seorang mamat yang kononnya dah teruja sangat dan nak beli waktu itu juga. Mamat itu ajak berjumpa di restoren di Puchong. Saya cadangkan jangan pergi seorang, sebaliknya ajak abangnya sekali. Saya rasa sangat pelik, kenapa tak sabar-sabar nak jumpa masa itu juga. Tak boleh tunggukah? Apabila saya cakap macam itu, suami pun tak jadi pergi dan sms kembali, cakap tak boleh datang dan minta tangguh esok. Dia juga cakap, kalau betul-betul nak, telefon. Sampai ke sudah, mamat itu tak telefon, dan apabila dihubungi nombornya, tak diangkat.

Jadi benarlah sangkaan saya. Si penipu cuba memancing kita di masa kita tak berjaga-jaga dalam keterujaan nak menjual. Hai, macam-macam dalam dunia ini. Akhirnya, motor itu dapat dijual juga kepada seorang pakcik yang nak belikan motor untuk anaknya.

Ha begitulah kreatifnya orang Melayu zaman sekarang. Kalau alihkan kreativiti kepada yang lebih berfaedah, kan lagi bagus :-)

5 comments:

Syeeda 5:18 pm  

TAG AKAK..

http://dsweetchoc.blogspot.com/2011/07/1st-give-away-lucky-draw-dsweetchoc.html

Ummu Auni 9:02 pm  

tipu pun ada macam2 bentuk. bukan setakat internet banking je. kawan pun boleh jadi musuh, kalau bab menipu ni

::ziLla:: 11:55 pm  

hmmmm...motif die hantar sms cam gitu kat akak sebab apa?? tak paham...huhu

::ziLla:: 11:55 pm  

hmmmm...motif die hantar sms cam gitu kat akak sebab apa?? tak paham...huhu

tinidewi 8:44 am  

entahlah zila, diriku pun musykil. tapi malas nak teruskan sms. buang duitku sajork :-)

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP