Sayang sangat pada bini.

>> Monday, July 11, 2011

Kalau anda pergi menunaikan haji, jangan terkejut dengan pelbagai gaya manusia beribadat. Pertama, di dalam dunia ini bukan hanya ada satu mazhab. Malah di dalam satu mazhab pula, ada pecah-pecahan pendapatnya lagi. Kedua, manusia memang pelbagai ragam. Heh.

Bagi saya, paling 'shocking' adalah apabila lelaki solat di dalam saf yang sama dengan perempuan. Sepanjang-panjang saf perempuan, alih-alih ada seorang pakcik di hujung, atau di tengah-tengah. Padahal di depan itu ada saf lelaki. Memanglah di Masjidil Haram tidak ditentukan kawasan lelaki atau perempuan, tapi ia boleh difikir mengikut logik akal bahawa yang ini saf lelaki, yang itu pula saf perempuan. Kalau banyak lelaki, maknanya kawasan lelaki. Kalau banyak perempuan, maknanya kawasan perempuan.

Dalam banyak senario, saya cuba untuk berbaik sangka. Tapi dalam hal ini, langsung tak boleh terima. Ini bukan masalah perbezaan mazhab. Sebab tiada satu mazhab pun di dalam dunia ini yang benarkan hal ini terjadi.

Ini kes sayang isteri. Takut isteri hilang dalam lautan manusia.

Bukan hanya saya, kerajaan Saudi pun memandang berat hal ini hingga ditulis di dalam buku-buku yang diedarkan secara percuma di lapangan terbang bahawa perbuatan ini tak selari dengan agama. Tapi yalah, siapalah yang rajin membacanya.

Harapnya pihak ustaz di negara tersebut boleh terangkan kepada mereka yang tak tahu. Jadi, tidaklah pak-pak haji ini bengang apabila dimarahi Pak Arab di Masjidil Haram :-)

Tapi biasanya mereka sengih-sengih saja walaupun telah ditegur. Sayang binilah katakan. Sayang bini agak-agaklah weh, orang lain pun bawa bini pergi haji juga!

10 comments:

Ummu Auni 8:29 pm  

mscam tahu je negara mana..ehehe..dahlah penduduknya sekali datang 100,000 orang. makin terang lagi bersuluh. ada sekali solat di masjidil haram, aku tenung maut pada si jejaka yang berada di antara saf perempuan & dia boleh buat selamba dek je, ceh....

ustaz dah pesan, ini bukan taman bunga, ini tempat beribadat ye

knv 8:58 pm  

orang msia ke? ish ish ish ish ish haruuuuu!

::ziLla:: 11:30 pm  

oh...mak mertua saya yg baru balik haji tahun lepas pun komen bende yg sama..die siap tegur org laki tu...

Ummu Auni 4:45 am  

knv, kalau malaysia, mahu kena pelangkung :p

tinidewi 7:29 am  

ummu auni: memang tabik spring dgn jejaka2 negara itu sebab dah kena stare/tegur direct/maki dengan Pak Arab pun masih boleh selamba senyum-senyum, duduk sebelah bini dan sedara-mara, kawan-kawan bini :-p

knv: ehem tu aini dah cakap hintnya. ko agak ler negara mana yang paling ramai umatnya di dunia nih sampai Malaysia selalu pow kuota haji diorang.

zilla: kitorang cakap kuat-kuat, "eh kenapa dia kat situ? mana boleh." hik3x.

SMM 10:15 am  

saya ada kenal personally dgn kawan (non-malaysian) yang berpendapat masjid tak patut 'ketepikan' perempuan ke belakang, dan lelaki dan perempuan patutnya boleh sembahyang saf yang sama.. dan dia gunakan mekah sebagai contoh tempat yang 'terbuka' dalam isu kesamarataan lelaki-perempuan.. sebab tu saya dah tak terkejut sgt hehe :)

Ummu Auni 9:32 am  

Ada kawan cerita, ditegurnya "Pak, sini mana boleh solat sama saf lelaki & perempuan."

Boleh laki tu jawab,"Eh, ini masjidil haram. Boleh aja.."

Itulah 'kesamarataan' yang diperjuangkan agaknya.

Mujur kita ada TH monitor. itu yang ustaz tembak sedas bila ada jemaah negara kita ala2 nak buat macam jemaah negara tu.

::ziLla:: 11:22 pm  

..yg MIL saya cerita tu orangnya orang Malaysia...itu yg sadis tu...huhuhu...

Ummu Auni 6:35 pm  

Zilla, org malaysia ter'tiru' jemaah negara sana la tu. tu ustaz bising tu

knv 3:48 pm  

owh yang seberang tu kaa? depa kan memang banyak tafsiran sesama depa pun. itu yang kawin campur tak hengat! sampai terbawak2 kat masjidil haram punnnnn....

sabor jelah!

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP