Giveaway Mesra Idea

>> Tuesday, August 23, 2011




Haaa... dah seminggu saya nak masuk GA ini. Almaklum, duit raya tuuuuu! Siapa tak nak duit raya, kan? He he. Terimbau kembali zaman kanak-kanak dulu :-p

Tapi, sejak jadi suri rumah ini, keupayaan otak saya untuk menaakul agak kelembapan. Kadang itu, suami tanya soalan senang pun termangu-mangu nak jawab. Inikan lagi soalan yang agak ilmiah dan mencabar.

Setelah memerah otak yang tak berapa nak geliga ini, haaa... ini dia wishlist saya.

Pertama, mesin membasuh kasut sekolah. Saya benci, benci, benci dan ulanglah sebanyak infiniti kalinya, basuh kasut sekolah anak saya. Menyampah, despise, i hate you, i hate you, don't you ever come to me again, dan seumpama dengannya. Jadi, kalau ada mesin yang boleh basuh kasut sekolah anak saya hingga bersinar-sinar putih bersih suci dan murni, memang cambestlah sangat :-)

Keduanya, saya mahu mesin pembuat susu. Ala, macam mesin pembuat kopi itu. Tekan-tekan saja, keluar. Cumanya mesin pembuat susu ini ada kedua-dua air sejuk dan air panas, dan pandai-pandai mesin itu sendirilah untuk membancuh air panas dan air sejuk ini supaya panasnya sedang elok untuk diminum oleh Maryam, kemudian mesin ini pasang botol dan goncang-goncangkannya. Wah, cambestnya kalau ada. Boleh letak dalam bilik tidur. Tak perlulah terpisat-pisat ke dapur di tengah malam! Maryam menangis saja, tekan, siap, sumbat dalam mulut, Mama sambung tidur zzzzz....

Berjaya juga saya sertai GA ini walaupun daya penaakulan saya yang lembab :-p

5 comments:

aida 9:49 am  

yang wish list no satu tu dah ada... aku basuh kasut sekolah budak2 ni kat UK pakai mode 'school / sport shoes'

ngaaaa

tinidewi 10:31 am  

pergh cayalah. tapi mesin yang sama utk basuh bajukah? then dirt kat kasut tu mcm mana?

SMM 11:29 am  

ohh baru saya tahu kat UK dah ada mesin basuh yg ada option basuh kasut. kalau deman cukup di sini, sure suppliers boleh bawa masuk..

teringat zaman kecik-kecik dulu, saya malas basuh kasut sekolah, jadi saya rendam je dlm baldi dan taruh bermcm jenis pencuci dlm tu, detergent lah bleach lah even syampu.. it works, tapi pastu kena marah dgn mak hehe ;p

mesin bancuh susu tu dr sudut teknologi mmg boleh sgt nak dibuat. i think kalau innovate from existing technology, would cost maybe between rm100-200? amacam kalau 200 akak beli tak? again, kalau cukup demand boleh je suppliers keluarkan..

thanks kak tini sbb masuk giveaway saya :)

tinidewi 5:38 pm  

betul tu mynie... kalau ikutkan, mesin apa pun boleh buat. the question is, ada orang nak beli atau tak...

aida 9:04 pm  

Kak tini, no worries, washing machine tu basuh bersih sebersihnya. Mmg takde dirt langsung lepas habis mesin bilas kasut

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP