Hikmah Ramadhan.

>> Wednesday, October 05, 2011

Segalanya bermula gara-gara tak sempat memasak untuk berbuka puasa. Maryam pula berdrama mahu ikut abahnya ke surau. Lalu kami anak beranak pun pergilah berbuka puasa di surau.

Kalau dah berbuka puasa di surau, maknanya solat Maghrib pun berjemaahlah di surau. Dan malu sangatlah kalau makan percuma mahu, tapi solat isyak dan terawikh tak mahu. Jadi kiranya, bolehlah dikatakan terpaksa pada mulanya.

Kemudian, Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam membuat kepelikan. Dengar-dengarnya, seluruh Selangor pun begitu. Selepas 4 rakaat solat Terawikh, berhenti sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendengar ceramah. Kemudian, barulah disambung hingga 8 rakaat. Selepas itu, ikutlah jemaah surau mahu balik rumah atau sambung hingga 20 rakaat. Pihak surau pun menjelaskan bahawa, kalau solat Terawikh itu dianjurkan, majlis ilmu lebih-lebih lagi dianjurkan di dalam Islam.

Sudah adat di Malaysia, kalau solat Terawikh, memang berbondong-bondonglah orang ke masjid dan surau. Jadi saya rasa, memang bijaklah pihak surau/masjid selitkan majlis ilmu di masa-masa ramai orang ke surau/masjid. Saya harap surau/masjid di seluruh negara buatlah seperti ini pada tahun hadapan kerana memang ada hikmahnya berada di majlis ilmu.

Selepas kali yang pertama itu, saya merasa seronok. Apabila tahu berada di majlis ilmu dapat lebih markah, saya rasa syok sebab punyalah mudah. Sebab dalam hadis cuma dinyatakan 'berada di majlis ilmu', dengar atau tak, faham atau tak, tak jadi hal. Rupa-rupanya, dari tidur-tidur ayam ketika mendengar ceramah, lama-lama timbul keinginan untuk dengar betul-betul. Dari dengar betul-betul, timbul keinginan untuk buat. Dan dari situ, timbullah keinginan untuk menjadi lebih baik.

Semalam, timbul pula keinginan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan, sebab ustaz semalam cakap, "Saya datang sini untuk cari makan...untuk kubur saya. Kalau seorang yang dengar ceramah saya pun jadilah."

Apa pun, buat masa ini, saya belum lagi mengimpikan syurga [belum layak]. Saya cuma mahu jadi manusia yang lebih baik. Mungkin inilah yang dikatakan kembali kepada fitrah. Iaitu, semua manusia mahu menjadi baik.

Harap dapat sokongan kawan semua :-)

11 comments:

knv 1:50 pm  

betul tu dik.

tuntut ilmu itu wajib (nak2 ilmu yang kita masih tak tahu/kabur). solat sunat tetap sunat hukumnya. tetap tak boleh melepasi yang wajib.

i love majlis ilmu. can't get enough of it.

ada tak group2 usrah kat area kita ni ek? kalo ada holler ek. dah lama tak join usrah group.

blogadmin 3:11 pm  

suke entry ni..kalau FB dah LIKE byk2x kali...hehehe

Kalau weken kami sekeluarga selalu 'lepak' di masjid shah alam.Solat zohor sampai asar.Anak2x seronok.harap2x cara ni boleh terapkan dlm hati diorang bahawa seronoknya solat di masjid.

Dulu2x weken je sibuk dok berjalan ke shopping2x complex.

Alhamdulillah ALLAH sedarkan dalam hati kami..takde faedahnya kecualilah mmg nak beli brg situ.lagipun risau anak2x tengok kiri-kanan mereka mcm2x fesyen pemuda-pemudi sekarang.Byk yg laro' dari yg baik.


Semoga ALLAH sentiasa memberi taufik dan hidayah buat kita semua :)

tinidewi 3:22 pm  

knv: tataulah pula geng usrah mana-mana. ai ni tak pernah join mana-mana usrah, sebab ai anti-sosial tsk tsk. trait yang susah nak ubah.

hanis: ya, samalah. mula-mula dulu budak2 ni boring juga kita ajak gi surau. tapi lama-lama macam dah O.K. [sebab boleh main dgn budak2 lain di surau, sabo je la :-p]

knv 5:55 pm  

jom start one then. ada sesapa nak join? bi-weekly ke. :D

(orang islam takleh antisocial. macamana nak berpesan2 ke arah kebaikan gitu? :D)

Ummu Auni 7:54 pm  

jomlah join group usrah saya...hehehe. tempatnya macam2, kadang di puchong, kajang ada, kelang ada, gombak ada, denai alam pun pernah..ehehehe.

Nida 11:25 pm  

tini..k.ida pon jenis anti-sosial jgk, same la ~ trait (aik salahkan traitlak;P). Cuba gak berkawan2 tp x begitu reti n mudah hilang idea nak borak gitu, camne yek?

tinidewi 12:18 am  

knv: ai mana ada kawan kat seksyen 7 ni, u je la sorang, itu pun kawan maya keh3x. takkan nak usrah kita berdua je?

ummu auni: kalau aku join usrah ko, rasanya time buat rumah aku je la yang aku hadir keh3x sebabnya my hubby lagilah homely person. takdenya dia nak chauffer aku ke sana ke mari. aku nak drive sendiri gamaknya sesat :-p

k.nida: masa kat sekolah dulu dah biasalah tini dpt remark sombong. yang tuduh tini hati batu pun ada wakakaka. biasanya trait memang agak sukar nak ubah, masa bekerja dulu tini mcm nak jadi ala-ala happening juga tapi rasa janggal juga kadang-kadang. tu sebab tini sekarang happy duduk rumah, lagi kena dengan jiwa. tapi tak bermakna ia mustahil utk dilakukan. will power and preseverence is the key :-)

asz 8:15 am  

i support you..nak jadik org baik jugak..:D

SMM 5:34 pm  

terima kasih sudi berkongsi ilmu di sini :)

tinidewi 2:46 pm  

asz: mcm familiar je ayat i support you tu hehehe.

mynie: hhmm... sebenarnya utk diri ai juga. 'cari makan untuk kubur' bak kata ustaz :-)

Milky Way 4:54 pm  

tini , i like this post very2 much! and especially on smua manusia mahu menjadi baik...aku sentiasa berusaha nak jadi baik...sbb hati aku cepat cemburu which is very2 dangerous kan

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP