Tentang Tawadduk.

>> Friday, October 07, 2011

Aduh, tak sempat dengar sampai habis kuliah Maghrib semalam. Tiba-tiba pula si Maryam buat perangai. Malu acik dengan lolongan yang bernada tinggi itu :-p

Apa pun, dapat sikit pun jadilah, ya tak?

Tawadduk itu ertinya merendah diri. Ada 7 golongan yang perlu berhati-hati menjaga hati mereka, sebab sukar bagi mereka untuk bertawadduk.

Yang pertama, orang yang kaya.
Yang kedua, orang yang berpangkat.
Yang ketiga, orang yang berketurunan baik.
Yang keempat, orang yang memiliki kepandaian.
Yang kelima, orang yang memiliki kelebihan pada tubuh badan.
Yang keenam, orang yang berusia.

Yang ketujuh? Tak sempat dengar he he he.

Jadi, adakah kamu termasuk dalam enam golongan tersebut?

p/s: Puan Hanis, saya tak boleh tulis komen di blog puan tapi memang cambestlah doa yang puan kongsikan :-)

5 comments:

knv 5:19 pm  

adakah doa itu "hasbiallah..arsyila'zim" itu?

saya pun suka. kalau bukan sila bagitau doa yang mana ek?

hanis 9:05 am  

puan tini :

InsyaAllah best bila dah meresap kedalam jiwa..cheewahhh.Sebab utamanya (yg ni pada perkiraan sya sendirilah) bila kita merasakan "cukuplah Allah bagiku" ,kita dapat tepis segala rasa ketidakcukupan terhadap harta2x dunia ni.Tak kiralah dari segi apa-pun.Sebab Allah yg maha ada segala-galanya kan.

And bila kita dapat perasaan tu,hati kita tenang.What else yg kita perlukan selain hati yg tenang dalam menghadapi kehidupan sehari-hari kan...

tq for the ilmu 6 ( yg ke 7 nanti sambung ye :P)golongan kene tawadhuk tu..rasa2x mcm tak termasuk mana2x 7 golongan tu pun...hehehe..golongan biasa2x je...tapi syukur sgt2x dgn apa yg ada :)

p/s:tpt komen kat blog saya dah ting tong agaknya...nanti kalau pn.tini try tapi takleh komen juga..bgtau saya ek...nk kene tukar format kot..


sis knv :

ha..ah kak.Doa yg tu.
(saya pulak tolong jawab..hehe..sory tuan rumah ye).

tinidewi 1:29 am  

knv: tu dia puan hanis dah cakap hehe.

hanis: ai tak penah ngapal doa tu, nampaknya kenalah mengapal :-) thanks sesangat. yg golongan ke-7 tu, konfirmlah ai tatau sebabnya tanya cik mat pun dia mcm blur blur je :-p rupanya member pegi makan sensorang. apa taknya lepas balik keje, tak dinner lagi terus ke surau. kami empat beranak dah siap2 makan sebelum tu. tu yg dia mengelat lepas solat maghrib :-)

knv 8:12 am  

thanks hanis.

tini,
doa tu sila hafal. i think it's one of the best dzikir ever. speaking from experience, kerja yang akak buat sejak sepuluh tahun ni memang amat mencabar minda. sejak dok amal zikir tu memang rasa senang sgt nak hadapi 'dunia' dengan isi2nya.

satu lagi doa nabi ibrahim masa dicampak dalam api dan kemudian api jadi sejuk. "Hasbunallah wa ni’mal wakeel" bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..

sesungguh hanya Allah maha melindungi.

tinidewi 8:56 am  

uuuuuu terima kasih kak. i lap u :-)

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP