Rumah Impian.

>> Monday, October 10, 2011

Kalau dah hari-hari lalu rumah agam di kaki bukit, mahu tak celaru hati. Saya memang geram betul dengan pemilik-pemilik rumah agam itu kerana mengacaubilaukan perasaan saya :ketawa:

Apa pun, rumah impian saya sebegini:

1) Luarannya tidaklah cantik supaya takkan ada yang memuji,"Oh, cantiknya rumah awak!" Almaklum, saya ini cepat riak dan takbur. Kalau dipuji-puji, alamat kembanglah punggung dan koyaklah kain.

2) Ruang awamnya besar untuk kemudahan kenduri kendara. Ruang awam di sini bermaksud, ruang tamu, dapur, dan bilik solat dilengkapi paip-paip air untuk berwudhuk.

3) Ruang peribadi untuk anak beranak sedang elok saja besarnya. Tidaklah terlalu besar, cukup untuk letak katil, almari, meja belajar, ruang solat dan ruang lebih untuk bentang toto.

4) Satu tingkat saja. Tak kuasa nak panjat tangga apabila dah tua nanti. Biarlah rumahnya memanjang ke belakang. Oleh itu, perlukan tanah yang luas.

5) Setiap anak satu bilik supaya apabila mereka ada keluarga sendiri, mereka ada bilik masing-masing.

6) Tembok tinggi. Dulu saya melabelkan orang yang rumahnya bertembok tinggi ini orang kaya yang sombong. Tetapi, apabila sudah menjadi suri rumah, barulah saya menghargai tembok tinggi. Ini kerana sudah banyak kali pakaian yang dijemur tak sempat diangkat ketika hujang turun tiba-tiba kerana menggagau memakai baju sempurna bertudung litup! Kalau temboknya tinggi, mudahlah nak berlari mengangkat kain di jemuran.


Tayang sikit rumah mak saya di kampung yang menjadi penanda aras rumah impian saya. Ia nampak biasa-biasa saja dari luar, tapi sebenarnya rumah besar yang mempunyai ruang tamu dan dapur yang besar, 5 bilik, 3 bilik air, 1 bilik solat dan 1 bilik mengambil wudhuk. Itu pun Mak sedang merancang menambah dua bilik dan dapur basah di belakang. Tsk, ibuku kaya. Nak-nak selepas Bajet 2012 diumumkan. Pencen dinaikkan katanya.

Entah bila rumah impian saya menjadi kenyataan :-)

9 comments:

knv 3:17 pm  

akak setuju dengan semua point2 ngko!

nak2 part rumah bengalor kat tepi jalan depan uitm tuh. sakit jiwa ku melihatnya!

rumah with surau adalah best. akak rasa semua orang islam kena ada surau kecik dalam rumah so that senang promote solat jemaah anak beranak. kan? kan? kan?

tinidewi 3:22 pm  

depan uitm tu nothing sis! ko belum masuk dalam lagi. hari-hari aku lalu masa nak hantar ameer. sesak nafas aku :-p

hah... aku lupa nak masuk point rumah dekat dgn surau supaya hari-hari dikejutkan dengan laungan azan subuh.

solat jemaah anak beranak di rumah itu bagus. perlu ada ruang awam untuk berjemaah di rumah. Nak lagi best, angkut semuanya ke surau/masjid :-)

knv 3:25 pm  

hahahhahah!

tau! tau! akak pun pusing kot tu jugak bila hantar bebudak pepagi! gilos ahh rumah2 kat situ.

jangan kata rumah, pagar depa pun tak mampu rasanya in this life. next life aje lah muahhaha!

tinidewi 4:14 pm  

aik kenapa ko pusing lalu situ? bukan dari rumah ko tu kalau lalu jalan besar, straight je? ai sebab tak suka traffic light dengan tak suka kerata banyak he he he. lalu situ jalan umpama ai yang punya :-p

knv 4:15 pm  

ish tak suka traffic kat roundabout depan uitm tu. itu yang cilok masuk dalam tu.

aida 4:35 pm  

aku bila gi UK, bersyukur gila dapat duduk rumah sendiri kat malaysia.. insaf woo rumah kecik gila kat UK

bersyukur dgn apa yang adaa

hanis 5:02 pm  

agree 100% dgn ciri2x rumah idaman puan tini tu...

specially tang ada bilik solat dan tpt berwudhuknya skali...indah btul dunia kalau semua org islam gitu...sure nak gi melawat rumah sape2x pun selesa jek sbb dah tau bleh solat ngan selesanya kat situ..

(nak solat pun mcm2x syarat letak..hehehe..teruk btul saya ni)

rumah 1 tingkat pun pilihanku juga...esok2x pjg umur..ada cucu-cicit idokler terjerit terlolong nasihat jgn panjat tangga....bahaya...hehehe

bab tembok tu berangan yg boleh naik turun ikut keperluan bolehhh??...hehehe..time malas nk sarung tudung nak angkat kain,siram bunga..naikkanlah tembok...tapi time dah pakai rapi2x...nak jln2x borak ngan jiran...sambil tgk anak kayuh beskal..cheewahh..mau turunkan tembok itu...kukuikui

angan2x minah jenin namanya...hehehe

Ummu Auni 2:06 pm  

rumahku 2 tingkat. tak ada angan2 nak beli lain. hopefully budak2 appreciate maknya tunggang terbalik jaga dia org, jangan tinggalkan daku keseorangan bila tua nanti. hu

tinidewi 9:47 am  

aida: kecik ek rumah sana? agaknya kalau rumah besar, ongkos letrik utk heater pun lagi tinggi tsk tsk.

hanis: mak aih, pagar boleh turun naik tu agaklah melamfaui batas :-p

ummu auni: rumah sedia ada pun elok dah... aku nih, belum ada rumah proper. rumah skrg sekadar menumpang tsk tsk.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP