Radio Rosak.

>> Thursday, October 13, 2011

Have you brush your teeth?
Dah ambil wudhuk?
Dah solatkah?
Kenapa tak masukkan baju kotor dalam bakul?
Kenapa tak letak baju sekolah elok-elok?
Hang your towel, please.
Kenapa lepas makan tinggal saja pinggan atas meja?
Siapa makan di atas ini?
Who did artwork and did not tidy it up?
Euwww, who did not flush?

Oh tuhan. Sudah menyampah menjadi radio buruk. Bebelan yang sama diulang-ulang setiap hari. Masih tak faham-fahamkah kanak-kanak dua orang ini?

Padahal sebelum mandi sudah diberi arahan jelas. Mandi, sabun, gosok gigi, ambil wudhuk, kemudian solat. Alih-alih lepas mandi, gosok gigi tak, wudhuk tak. Mana tak angin dibuatnya. Alih-alih lepas mandi dan pakai baju, guling-guling atas sofa. Solatnya lupa. Terpaksalah acik membebel.

Agaknya mereka ini memang sengaja cari fasal mahu acik membebel.

Acik ingat nak pergi kedai printing and tempah banner tulisan besar berwarna merah dengan arahan-arahan yang jelas dan nyata dan lekat di dinding-dinding dan bilik air. Kalau tak faham juga, tak tahulah.

7 comments:

knv 10:29 am  

truth be told, kita akan terus jadi radio buruk even bebudak tu dah 40 tahun pun hahahah!

ok. ok. less annoying lah hahahha.. but still.. :P

hanis 12:07 pm  

bab suh sidai towel mmg paling byk saya berleter hari2x...

tak terkira doh byknya....

Anonymous 2:19 pm  

betul la tini..kena wat task list yg diorang perlu complete kan...at least kurang sket perkataan yg perlu dikeluarkan oleh radio buruk kan..hehe..

-suryati-

tinidewi 2:59 pm  

hai... time keje dulu, rambut ai nih uban-free, now ni uban-full huwaaa... malu sangat mak tegur balik raya hari tu, eh tini, ko dah ada uban? tsk tsk tsk. nilah kalau berleter tiap2 hari :-p

Ummu Auni 3:09 pm  

hai..bukan ko sorang je. ingat aku bukan ke? hahaha. now we know why our moms leter sangat dulu...

aida 3:57 pm  

sama je skrip leteran anda dgn saya

Nida 7:48 pm  

K.Ida suggest this book (K.ida beli masa kelik mesia di MPH) n practice on our children, takes time jgkla tp worth trying, "How to Talk so kids will listen & listen so kids will talk" by Adele Faber & Elaine Mazlish. This book mmg senang nak faham with lots of examples.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP