Ilmu Itu Wajib Dicari.

>> Wednesday, October 19, 2011

3 ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim:

Yang pertama, ilmu tauhid iaitu tentang ketuhanan.
Kedua, ilmu tasauf iaitu tentang penyucian diri.
Dan ketiga, ilmu syariah iaitu tentang 'the rules and regulation of Islam'. Aiseh, terperasan Mat Salih pula tiba-tiba.

Ceramah Ustaz itu punyalah panjang, tetapi yang masuk dalam kepala otak cuma ini saja. Itulah, suka sangat menyandar di dinding. Kepala pun menerawang ke sana ke sini. Tapi Ustaz cakap, majlis ilmu itu umpama taman-taman syurga. Siapa pergi ke majlis ilmu, mendapat rahmat. Tidur pun tak mengapa bak kata Ustaz. Pergh, cayalah! Tidur pun dapat rahmat!

Berbalik hal ilmu yang wajib dipelajari itu, hhmmm... macam tak lepas saja. Zaman dulu-dulu, ada belajar tauhid. Masa di sekolah agama Johor dulu. Alah, masa budak-budak. Apalah yang faham sangat. Samalah dengan tasauf. Entah apa yang kitab bertulisan jawi itu cakap, bukannya faham sangat. Menghafal saja kerjanya. Asal lulus periksa kaedahnya. Itu belum cerita lagi bawa toyol masuk dewan peperiksaan. Mentang-mentang sekolah agama saja :-p

Saya belajar di sekolah agama sampai Darjah 5 saja, sebab selepas itu, saya masuk ke Sekolah Tun Fatimah. Kalau Darjah 5, maknanya kitab Mutlaal Badrin hanya sempat baca sampai bab munakahat. Jinayat diajar di Darjah 6 dan Darjah Khas. Tapi sebenarnya, kalau nak sambung selepas SPM pun tak mengapa, sebab sekolah agama Johor tiada had umur sebab selagi tak lulus satu darjah, tak boleh naik kelas.

Jadi, soalan saya, di mana boleh belajar Tauhid dan Tasauf ini? Tapi kalau boleh, janganlah yang yurannya ribu-riban. Manalah saya mampu tsk tsk.

Agak-agak kalau ikut kelas Perkim, ada orang pandang hina tak? Tsk tsk.

[2]Haji Mad bekerja luar daerah sejak Ahad lepas. Tanduk pun naik. Isnin dan Selasa tak ke Kuliah Maghrib.

Semalam Ameer dan Fatimah sibuk nak ke surau. Saya jawab,"Alah, Ameer kan periksa." Dua-dua memuncung. Fatimah cakap, "Tapi, saya nak main dengan kawan-kawan." :-p

Apabila saya fikir-fikirkan balik, astaghfirullah, apa yang saya dah buat? Saya tanamkan di fikiran anak-anak bahawa lulus periksa itu lebih penting dari pergi ke surau. Tsk tsk.

Padan muka Maryam buat hal di setiap malam yang saya ponteng.

:insaf:

7 comments:

Ummu Auni 11:49 am  

amboi hajah tini...haji mad tak ada, dah buat perangai ye..hihihi

tinidewi 1:17 pm  

:insaf: terima kasih panggil aku hajjah. jadi reminder supaya perangai tu biar semenggah sikit tsk.

knv 1:48 pm  

dik, kalau nak try scheduled class free of charge, cuba ko pegi Taman Seni Islam malaysia (opposite masjid biru shah alam) every weekday start 9 sampai 12. my mom been going there for years now. everyday lain2 ustaz yang akan datang ajar. macam2 kitab depa kupas. ustaz2 pun ramai bersilih ganti.

kat masjid negeri pun tiap2 hari ada kulih kalao tak silap.

actually tiada alasan lagi orang zaman sekarang ni untuk kata 'saya tidak tahu' bila malaikat tanya kat kubur sok.

mana2 masjid pun ada buat majlis ilmu. foc lagi. antara nak pergi belajar atau tidak aje.

tinidewi 3:14 pm  

mcm best je yang kat taman seni islam tu. cubalah skodeng nanti. yup, fasal masjid/surau tu betul. tiap2 hari ada kuliah. skrg pegi kuliah maghrib, cumanya sebab tajuk bercampur-aduk. hari ni belajar yang itu, esok belajar yang itu pula. ada rasa mcm carca marba. bulan depan baru ustaz yang sama sambung balik pengajian dia, padahal dah lupa apa yang dia cakap bulan lepas. nak yang a bit proper :-)

thanks sis :-)

Anonymous 9:08 pm  

Ermm cam menarik jer taman seni islam tuh
-ahmadini-

knv 1:10 pm  

untuk proper kuliah kena pegi masjid/surau2 yang established. yang memang biasa buat kuliah. kiranya depa contract kat ustaz2 tertentu la. surau belakang umah akak pun tak menentu. ikut dan uztaz.

Milky Way 4:34 pm  

menarik ah tmn seni islam tu!...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP