Ilmu Penyucian Hati.
>> Wednesday, November 02, 2011
"Imam Malik ada beritahu, orang yang mendalami satu-satu ilmu tanpa mempelajari ilmu tasauf, dia akan menjadi orang yang bongkak dan sombong."
"Oh, yakah? Bagaimana boleh jadi macam itu?"
"Sebab dia tak kembalikan kepandaiannya kepada Allah. Dia ingat dia pandai sebab diri dia hebat. Begitulah kalau hati tak suci."
Begitu rupanya. Saya fikir, mungkin kata-kata Imam Malik ini boleh manjawab persoalan seorang kawan yang selalu mempertikaikan orang-orang yang kononnya ilmu setinggi langit tapi perangai tak semenggah mana.
"Tapi, bukankah orang selalu cakap tak elok belajar ilmu tasauf?"
"Huh, itu sebab kita dah terpedaya dengan tipu daya syaitan. Kononnya sesat kalau belajar tasauf. Kalau tak belajar tasauf, lagi sesat. Kita kenalah berdoa sungguh-sungguh dengan Allah, supaya dapat guru yang baik, diberikan petunjuk dan ilmu, diberikan faham, moga-moga kita tak sesat."
Patutlah Ustaz hari itu berceramah bahawa kita wajib belajar 3 ilmu iaitu ilmu tauhid, ilmu tasauf dan ilmu syariah. Tapi, kenapa di Malaysia ini, ilmu syariah saja yang lebih diutamakan?
"Sebab guru tauhid dan tasauf yang baik di zaman ini tak ramai."
Tsk tsk. Semoga dapatlah kita bertemu guru-guru yang baik.
5 comments:
Dari Imam Malik Rahimahullah :
'Man tafaqqaha walaa tasowwufin, tafassaqa. Man tasowwafa, walaa tafaqquhin, tazandaqo".
Sesiapa yg mendalami ilmu Feqah (hukum-hakam) tanpa mendalami ilmu tasauf, cenderung ia kepada Fasik.
Sesiapa yg mendalami ilmu tasauf, tanpa mendalami ilmu feqah, cenderung kpd kafir zindiq.
Contoh Fasik: Sombong, Ujub etc
Contoh Zindiq: Solat sekadar niat
Terima kasih atas peringatan dan pencerahan.
terima kasih atas pembetulan. psstt anonymous ahmadini atau orang lain? ^V^
dulu kan masa form 1 tak tau beza tasawuf dgn tasawwur. dengar senior2 ada amik tasawwur masa SPM, punya la risau kalau bertembung dgn dorang ni.sbb org kata, yg blaja tasauf boleh 'i'rob' orang(scan org).punya la jahil masa tu.padahal inilah ilmu yg berguna selain akidah (tauhid) dan syariah.skrg dh tau dh.semoga Allah temukan Tini dengan guru yg tepat.
haah. aku pun nak belajar tasauf tapi belum jumpa guru..tsk
Post a Comment