Progres Daurah.

>> Friday, November 25, 2011

Hari ke-2: Mama, boleh tak saya nak ponteng pergi Daurah? Boringlah Mama, lama sangat. Saya nak tidur. Asyik-asyik ceramah.

Hari ke-3: Mama, Mama tahu tak doa selepas azan? Ustaz cakap saya kena hafal.

Hari ke-4: Mama, boleh tak tahun depan saya nak masuk Daurah lagi?

Hehe. Alhamdulillah :-) Insya-Allah boleh, nak.

Yang kelakarnya, pada hari ke-4, soalannya sudah bertukar kepada ini, "Mama, Abah tahu tak doa Solat Sunat Dhuha?" Perhatikan Ameer sudah tukar daripada Mama kepada Abah. Nampak sangatlah kan dia dah tahu jawapan Mamanya kalau tanya Mama tahu atau tak :-p

Insaf Mama, insaf.

Malam tadi mereka berdua agak kecewa apabila tahu keesokan harinya tiada Daurah. Alhamdulillah, semoga anak-anak Mama jadi mukmin yang baik. Amin ya Rabbal 'Alamin.

4 comments:

Manggapintu 9:04 am  

i like!

knv 9:10 am  

hehehehhe...

next week monday cuti kan?

next week baru start full swing bebudak nih. abang depa start join sekali. tapi macam half day je jugak hahahah!

tinidewi 11:08 am  

manggapintu,
amboi liza. suka tang mana tu? tang ameer macam tahu-tahu yang mama dia tak tahu ke? hehehe.

knv,
insya-Allah lama-lama diorang OK lah tu. sila buat hati kering ^V^

tinidewi 11:09 am  

knv,
lupa nak jawab, ye monday cuti :-) peninglah kepala aku melayan ramai kanak-kanak monday tu MUAHAHAHA.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP