Daurah Penghayatan Remaja Islami 2011.

>> Monday, November 21, 2011


Allahu Akbar! Anak yang berdaurah, mak pun sama penat!

Dari pagi terkocoh-kocoh, siapkan anak-anak, gosok baju sambil goreng karipap, kemas beg. Maryam pula tak sihat.

Sampai-sampai saja ke Masjid Negeri, mak aiiii! Melaut kanak-kanak! Ribut! Bingit! Makcik pening :lol: Campur lagi terpinga-pinga tak tahu nak buat apa kerana tiada maklumat yang jelas. Almaklumlah, yang uruskan program ini pelajar-pelajar dari pelbagai universiti, jadi mungkin mereka tak berkesempatan untuk rancang betul-betul atas faktor logistik.

Apa pun, makcik tak kisah sangat atas kekhilafan pendaftaran sebab makcik pun cuma bayar RM100 saja untuk seorang anak. Tersangat murah untuk program selama sebulan lebih. Makcik tahu para fasilitator pun bekerja sukarela. Tapi, janganlah buat tak endah pula dengan maklumbalas ibu bapa. Tahun depan cuba perelokkan lagi proses pendaftaran dan penyampaian maklumat kepada ibu bapa. Lagipun, lebih mudah nak kawal kanak-kanak yang ramai ini kalau ada sistem yang bagus.

Selepas sesi pengenalan, kanak-kanak terus diajak solat Dhuha. Sekali tengok, makcik terlupa masukkan telekung Fatimah. Dah dia merajuk tak nak ikut program Solat Dhuha. Lepas itu, sibuk lapar sebab bekalan karipapnya sudah terjatuh. Makcik pun apa lagi, merempit ke Komplek PKNS cari makan dan telekung bersama Fatimah.

Kemudian, kami kembali ke masjid. Makcik pun duduk buat-buat menyibuk sambil pot pet dengan Kak Non. [Ya, pertemuan kami julung-julung kalinya!] Lama jugalah menunggu pembahagian kumpulan sampai kanak-kanak semua dah tak terkawal lagi dek kelaparan. Mujurlah Fatimah dah makan penkek :-p

Lepas kanak-kanak makan tengahari yang disediakan pihak masjid, terus solat. Kemudian, makcik masuk kelas sekejap sambil-sambil buat kerja terjemahan yang perlu dihantar esok. Tapi, perut makcik berkeronconglah pula. Makcik toleh kiri kanan, eh... aku saja ibu bapa yang tinggal? Malu O.K.? Terpaksalah makcik balik agar tak memalukan anak-anak makcik :-p

Makcik balik rumah dan sambung lagi kerja terjemahan. Alhamdulillah, walaupun hari ini agak ribut, cepatlah pula siap kerja makcik. Berkat ke masjid agaknya ^V^ Jam 3.30 petang turun dapur untuk masak nasi goreng, alih-alih gas habis! Huwaaaa!!! Habis duit makcik terpaksa belanja kanak-kanak makan di kedai :-p

Alhamdulillah, merempit semula ke masjid dan sempat untuk menunaikan solat Asar berjemaah. Kemudian, ambil Fatimah & Ameer yang ceria kerana hari yang sungguh bermanfaat ^V^

Untuk yang ingin mengetahui tentang daurah yang akan datang, silalah menjadi rakan Facebook Masjid Negeri Selangor untuk mendapat maklumat terkini.

7 comments:

aida 7:03 am  

Kak tini, jom jumpa!

asz 9:03 am  

bestnye aktiviti cemni. hmm..nak kena pk cemana nak arrange transport plak. bertuah ko tini takde masalah transport..:D

tinidewi 9:29 am  

aida: minggu depan insya-allah. minggu ni jadual penuh dengan terjemahan.

asz: semalam aku jumpa sorang surirumah yang tolong hantarkan anak-anak jiran dia sekali. manalah tau tahun depan ko nak hantar, ada jiran yang mcm tu hehehe.

knv 11:09 am  

dik, ko lagik manis kat luar. heheheheheheh!

today arina tak pegi dah. hancur harapan. yang aimie masih sebek sebek.

to think about it. actually orang tua2 yang kena hadiri program2 macam ni. aku lak malu tengok bebudak solat dhuha hohohoh!

tapi kita tak pi bekpes pun macam dirancang kan? ko lupa ke nak belanja akak? :P

tinidewi 4:36 pm  

camne aku nak belanja makan, kak nooonnn. muka hang confirmlah dok risau pasal tiga orang kanak-kanak itteewww. aku nak ajak makan pun kensel dalam hati :alasan kuang3x:

BTW, ai manis? hik3x. manis tang mana tu? auuwww, malulah!

knv 4:39 pm  

manis tang gulaa...

dah dah toksah perasan lelama! :P

tinidewi 9:39 am  

Anti klimaks lah ko kak! :-p

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP