Dekat Di Hati oleh Eyman Hykal.

>> Wednesday, December 14, 2011


Malam tadi saya ralit menghabiskan novel ini.

Pendapat saya, judul novel ini langsung tidak memberi keadilan kepada isi di dalamnya. Terlalu biasa-biasa. Seolah-olah novel ini hanya satu lagi kisah cinta. Sedangkan ia membawa jiwa yang lebih dari itu. Ia penuh falsafah dan pengajaran yang digarap bersahaja. Ia tentang mengenali jati diri dan proses pendewasaan. Kisah cintanya hanyalah 30 peratus dari keseluruhan isi novel.

Benar, ia bukan novel Islami. Ada juga babak percintaan yang tidak syariah-compliant. Tapi ia boleh dimaafkan kerana tidak melampaui batas. Ada akal, gunakannya untuk menyaring maklumat.

Ia bukan novel cinta picisan. Di dalamnya terkandung ilmu-ilmu yang boleh kita manfaatkan. Jelas penulis membuat banyak kajian sebelum menulis.

Cuma saya agak terpinga-pinga dengan pengakhirannya. Ada tanda soal di situ. Siapa sebenarnya yang dipilih hero? Dan kenapa memilih yang itu? Hmm... ada novel sambungan rupanya. Ke Mana Hatimu. Nampaknya, terpaksalah saya beli :-)

8 comments:

knv 11:25 am  

okeh. suruh angkat ke filem. pronto!

(dengaq tak ada satu filem tajuk Datin Ghairah nak keluar? hampeshhh!)

aida 11:59 am  

kak non, dah ada the making kat astro ria... cehhh

tinidewi 3:04 pm  

eerr aku rasa tak lakulah nak angkat jadi filem. org melayu tak berahi nak tengok sbb tak 18SX. lagipun, kisah cinta dia biasa-biasa je :-)

knv 3:09 pm  

apsal depa tak filemkan buku faisal tehrani ek?

Ummu Auni 8:42 am  

kak tini, nak pinjam!!

tinidewi 10:00 am  

knv,
dengarnya idea FT tak semua orang boleh accept. but myself pun belum pernah baca any of his books hehehe.

ummu auni,
tunggu. cikgu taska maryam tengah baca. tapi tataulah sesuai dgn taste ko ke tak. aku kalau bab son-father relationship mmg suka banget.

knv 10:05 am  

serious? please start with Tunggu Teduh Dulu. akak suka. amannnn je dalam hati. not too serious, not too vain. secukup rasa.

tapi most karya2 dia memang agak berat. kalau nak concentrate i will take many days to complete one thin book.

tinidewi 11:09 am  

one thing about me, i tak berapa minat something yang sentiasa disebut-sebut orang HAHAHA. sebab itu belum ada seru nak baca his books ^V^ insya-Allah kalau ada yang nak kasi pinjam buku dia, then i bacalah :hint:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP