Gelombang Korea.
>> Thursday, December 01, 2011
"Ha, itulah lelaki yang saya suka." Jarinya yang tembun menyentuh skrin komputer.
"Kenapa suka yang itu?"
"Sebab dia kacak. Lepas itu, mata dia dekat rambut."
Geli hati. 'Mata dekat rambut'? Rambut dekat mata, adalah!
Tak habis-habis dengan Super Junior :-p
Apa pun, kejayaan artis Korea membawa Gelombang Korea bukanlah kerana nasib. Kejayaan orang Korea menggegarkan dunia adalah contoh iltizam dan ketabahan. Tiada istilah bintang segera dalam kamus mereka. Sebelum mereka menjadi artis, mereka berlatih setiap hari selama bertahun-tahun. Mereka berlatih tanpa sebarang jaminan bahawa mereka akan menjadi artis. Girls' Generation contohnya, enam tahun menyiapkan diri mereka sebelum akhirnya muncul sebagai artis. Kalau mereka jadi artis ketika berusia 17 tahun, maknanya sejak berusia 11 tahun lagi mereka sudah berlatih. Kerana itulah, apabila mereka buat kemunculan pertama, mereka terus hit dan membuat sepelosok dunia terpana.
Orang Melayu sibuk nak tiru artis Korea, padahal berlatih tiga bulan saja. Alahai...
Kesungguhan orang Korea bukan dapat dilihat dalam hiburan saja, malah di segenap industri sehingga mereka muncul sebagai kuasa ekonomi baru dalam sekelip mata setelah mengalami kehancuran peperangan.
Menariknya, orang Korea tak pandai cakap bahasa Inggeris pun ^V^
8 comments:
dan orang korea pentingkan kejayaan... if you read in the star.. masa olimpik lepas, kecewa mamat korea tu tak menang pingat emas untuk memanah.. dapat perak jer.. sebab di korea, budayanya siapa yang paling bagus diraikan.. if you get silver only, boleh blahhh
bahaya jugak yok gitu, terlalu mengejar pencapaian duniawi
melihat kepada jati diri diorang, aku percaya, kalau diorang dpt hidayah Islam, diorang akan jadi muslim yang hebat.
ini yang termasuk K-Pop bebudak msia sibuk nak tiru tu kah?
memang hampeh tengok bebudak melayu tergedik2 melentik2 atas pentas ngan ramput tutup2 mata. tak professional langsung!
kenapa kat msia nama K-Pop jugak eh? bukan M-pop?
K itu Keindahan Pop katanya wakakakaka :guling-guling:
slm kak,nk nyampuk gak..ramai gak org korea bunuh diri sbb tak dapat A dalam peksa kat Uni...sbb kalau tak dpt A nnti susah dpt keje..then lecturer dia pun ada bunuh diri sbb tension kenapa student dia commit suicide..
keindahan? hhahaha.. menggeletis adala kot. kesian lak tengok bebudak tu. bakat tak seberapa terkinja je lebih. tskk!!
me01my,
itulah fasalnya, terlalu pentingkan kesempurnaan sampai ke tahap obses. in one way bagus, another way tak bagus juga. kalaulah their strive towards excellence is governed by Islam, it would have been perfect :-)
knv,
itulah pasalnya. tak koseeeeerrrr.
Post a Comment