Novel Yang Tiada Manfaat.
>> Tuesday, December 06, 2011
Malam tadi hati saya panas membara. Kalau disimbah minyak, boleh jadi api menyambar menyala-nyala. Kalau dicurah air, mungkin apinya padam tapi debunya masih hangat berasap kepul-kepul.
Saya tak henti-henti mengutuk diri saya. Bagaimana boleh terjebak membaca novel yang langsung tiada manfaat? Buang masa, tenaga, jiwa, raga. Dapat dosa lagi sebab menyumpah seranah penulis.
Kebanyakan novel di rumah adalah syariah-compliant. Tapi kerana longgokan novel yang semurah RM3 di Fiesta Buku Karangkraf, buat saya termakan hasutan untuk membeli novel yang tidak berbau Islami. Saya fikir, tak mengapalah sekali sekala.
Tajuk macam menarik. Ada bunyi-bunyi suspens di situ. Muka depan pun menimbulkan rasa ingin tahu. Jadi saya ingat, sekurang-kurangnya cerita thriller, maka tak perlulah syariah-compliant.
Rupa-rupanya, HARAM HAZABEDAH! Awal-awal lagi sudah 18SX. Warrgghhh! Bodoh, bengang, bahalul! Jiwaku tertekan! Ada mukadimah nak jadi thriller, tapi sampai ke sudah, hanya ada percintaan yang meloyakan, jijik lagi menyebalkan.
Nak berhenti membaca tak boleh, sebab itulah kelemahan saya. Sekali membaca novel, rasa ingin tahu itu sangat kuat dan wajib dihabiskan hingga ke akhir perkataan. Sepanjang membaca bait demi bait, saya sangat-sangat berharap pengakhirannya memuaskan hati.
Tapi.
Pengakhirannya buat saya rasa macam nak turun dapur, buka api dan bakar buku itu.
Kalau baca buku Pesona Solat Tahajud dan Al-Ma'thurat: Wirid dan Doa Rasulullah S.A.W yang menjadi hadiah GA Kak Non Vogue, sudah pasti saya bakal mendapat ilmu yang bermanfaat ^V^ [Hint kak non, hint]
17 comments:
camno eh ekau buleh terjebak baca nobel luch?? hahahahha! apa kater kiter bakorrrrr jerr!
ish ish ish akak dapat bayangkan. mesti frust tahap mangkuk kah. buang masa. buang duit (walaupun 3 hengget). buang perasaan!
itu pasal ekau kena senaraikan 7 point untuk dapat buku pree yang berfaedah hahahah!
kuang3x,
entri untuk GA tu belum karang kak. jangan tutup tarikh penyertaan dulu keh3x.
yang ni bukan 3 henggit. mahal skit lagi. memang tahap benganglah sebab bahagian yang dia kena detail, dia tak detailkan. bab pakai baju apa, lipstik warna apa, dada putih ke paha gebu ke, detaillah pulak. tak menyampah gitu kak non? eh ai pula yang dah terlelucah.
kak non, penulisan novel malaysia especially terbitan certain companies, sangat menitik beratkan soal percintaan yang saya rasa macam tak berlandaskan islam
sbg contoh ya: buku yang diadaptasi jadi drama nora elena
hero berkahwin dengan heroin sebab terlalu cinta. masa remaja, hero rogol heroin sebab terlalu cinta..
i was like wthhh???? kalau cintakan seseorang, kita takkan buat benda tak senonoh such as rogol orang itu untuk pastikan orang lain tak dapat dia..
dehhhh bengong. mujur tak baca novel dan tengok drama itu
nora elena yang dulu tayang kat tv3 tu kan? dengar gak bebudak opis dok cerita.
harus haramkan anak2 ku baca novel2 cenggini. gi mana yaaa?
novel sri diah ke?? hihihi. aku agak dah macam....
aida,
laaa ye ke cerita nora elena tu mcm tu? nampak sgt aku tak mengikuti perkembangan kaaann hehe. hampeh bebenorlah kalau lelaki mcm tu yang depa ni dok sebut sebut, seth tan ke hulu seth tan ke hilir, perogol rupanya :-p
ummu auni,
aku agak menyampah sebab kau selalunya tepat tapi aku mengiakan tidak, menidakkan pun tidak. mengumpat secara general saja :wink:
lepas ni, kau sila senaraikan nama-nama penulis yang patut diban supaya aku tak terbeli lagi buku-buku hampeh.
BTW, ini skrip seorang bapa gula-gula kepada bekas perempuan simpanannya semasa ingin memujuk bekas perempuan simpanannya tinggal bersamanya kembali.
"Takdir Tuhan yang memisahkan kita, dan takdir Tuhan jugalah yang menemukan kita kembali."
Memang berbakul sumpah seranah aku!
okkayyyyyy, that's seriously insulting the intelligent, not to mention insulting the faith!
akak cadang ko bakor je buku tu. nak sedekah kat orang pun buat tambah dosa je menyebar sampah.
serious. pls musnahkan semua buku2 nih :P
wei banyak oi buku kau kena ban kalau ikut list aku dgn aida. aku dah pernah terbaca novel yang macam mangkuk tu. baca sebab curious OK? sebab camne boleh meletup sangat..adik aku pinjam kawan dia dan kata tak best, aku baca gak..dalam hati aku, mujurrrrrr aku tak beli ok. aku tak pernah beli novel sampah macam tu. selalunya aku jumpa dan bosan sangat tak ada stok buku nak baca. lepas baca menyesal la...ahaha
baik ko baca Jemari Seni la beb. Aku recommend Imaen dan Noor Suraya. Hlovate pun OK. Imaen macam FT in the making. Noor Suraya cerita dia selalu sweet sangat dan buat aku haru biru. Hlovate pula novel yang menginsafkan aku..
well, am i correct?? bagilah hint sikit kat aku..btw, ada satu filem based on novel tengah hot lagi di pawagam. aku syorkan kau tak baca novel tu, confirm kau akan bakar novel dia..
berkobar2 aku bagi komen ni..hihihi
Filem yg tgh meletup di pawagam itu mempunyai dialog ini di dlm bukunya spt tulisan seorang blogger
'izzah, pakcik nak suruh kau jadi gro. Sungguh lumayan sekali pendapatannya'
Izzah menjawab dgn lurus, 'taknak pakcik, itu kerja tak baik'
Mujur scene di atas tak masuk filem tu, heart attack aku! Boleh seorang heroin menolak dgn lemah lembut jawatan gro :p
P/s: aku dah lama potong nama seth tan & nora elena :p
sya suka baca karya fatimah syarha.... bayk ilmu....
tak pernah terjebak/terasa utk membaca novel... sebab ia cerita dari angan2 penulis... suka buku kisah2 benar... ada ker?
knv,
mmg rasa nak bakar, tapi kalau hantar recycle paper lebih dimanfaatkan kot hehe.
ummu auni,
jawapannya: spot on :-p patutlah kau selalu sebut nama dia. boleh aku tak teringat. main aci capai ajer mana yang cover nampak menarik.
aida,
ayoyoyoyo sabo je la. bestseller katanya novel tu.
ajieda ajis,
i'll try to cari her buku. tapi kalau ada yang nak kasi pinjam, lagi best. heh!
chilun,
ada diiikkkk. Galeri Ilmu suka keluarkan motivasi hidup yang berdasarkan pengalaman hidup penulis sendiri.
bestseller mana taknya mama.. orang kita ni suka betul baca karya2 camtu.. especially tang cinta bergelora, tapi di hujung happy ending. hatta kalau kena pukul dengan hero itu, tapi sekiranya hero itu insaf dan cinta separuh mati kepada heroin, mesti jadi bestseller!
Fatimah Syarha?? Ada jalan cerita yang bagus, cuma agaknya novel pertamanya, 'tautan hati' agak meleret dan terlampau banyak subplot, hingga saya jadi pening. Maybe that's the only exception kut sebab banyak juga novel islami yang saya baca dan suka.
Nanti kita sambung chit chat ye kak tini bila outing bersama-sama nanti. Aku rasa aku boleh draw list buku mana kau patut jauhi. Dan buku mana jadi kegemaran aku & Aida. Kalau rajin, pergilah jenguk review aku di goodreads, lepas tu pilih buku mana yang kau nak pinjam
Post a Comment