Sketsa Hari Pertama Persekolahan 2012

>> Wednesday, January 04, 2012

Kepalaku terjenguk-jenguk. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Mataku cuba meneliti wajah-wajah yang memenuhi perkarangan sekolah. Otakku cuba mengingat.

Yang mana satu Kak Non?

Mustahil dia tiada. Hari ini hari pertama persekolahan. Tentu dia menunggu Arina sebentar.

Tiba-tiba mataku tertangkap sesuatu. Beg tangan itu! Dan cara ia dipegang. Macam tahu saja?

Wanita itu berbaju merah, dan dipadankan dengan tudung merah juga. Seluarnya perang. Di sisinya berdiri seorang lelaki. Pasti itu suaminya. Rambutnya lebih banyak putih dari hitam. Ahli fikir agaknya.

Pasangan itu disapa seorang wanita, dan mereka berbual-bual. Aku memandang dari kejauhan. Benarkah wanita berbaju merah itu Kak Non? Aku tak pasti.

Pasangan itu kemudiannya beredar. Tak eloklah kalau aku pergi menyapa mereka, memandangkan mereka sudah hendak pergi. Lagipun, kalau bukan Kak Non, tidakkah malu aku nanti?

Tengahari itu aku menunggu Fatimah dan Ameer di pondok luar sekolah. Tiba-tiba, wanita berbaju merah itu pun datang. Di jarak yang agak dekat itu aku cuba mengamati. Tapi dia membelakangiku, jadi wajahnya tak dapat kulihat.

Beberapa minit berlalu. Anehnya situasi itu, aku bagaikan terdengar cengkerik menyanyi. Kemudian, pucuk dicita ulam mendatang, dia menoleh! Tanganku refleks melambai. Dia ketawa memandangku. Ah, sahih! Irama ketawa itu memang milik Kak Non :-)

Dah macam stalkerlah pula :-p

6 comments:

Ummu Auni 5:10 pm  

ingatkan cerita amir tadi :P

tinidewi 5:13 pm  

kuang3x. that's the intention. aku kan suka anti-climax :-p

knv 8:30 am  

kahkahakhkahkah! ko memang hoverrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! eh nanti bila2 mai la datang umah. dah dekat sgt ngan sekolah tuuuuuuuuuuuuuu :P

tinidewi 12:19 pm  

Tapi series. Kalau tak kerana handbag, payah ai nak recognize wakakaka.

knv 8:38 am  

harus aku pi tukaq henbeg lain nih :P

Lynn 10:56 pm  

Jejak kasih zaman sekarang hahaha!

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP