Drama Ramadhan
>> Monday, July 23, 2012
[1]Hari pertama puasa, jam 1.21 petang.
"Fatimah makan ke?"
"Taklah, mana ada," jawabnya dengan wajah penuh yakin dan bersungguh. Kepalanya siap tergeleng-geleng.
Dia menambah lagi, "Saya tak ada makan pun. Betul!"
"Jadi, kenapa mulut Fatimah bau wedges?"
A+ untuk lakonan yang mengesankan. Lain kali, cuci mulut ya?
[2] Hari kedua puasa, selepas pulang dari surau.
"OK, siapa puasa hari ini berbaris depan Mama. Mama nak bagi seringgit."
"Saya, Mama!"
"Saya, Mama!"
"Pandai anak Mama dua orang ini. Rajin puasa. Walaupun Mama tahu ada yang curi-curi minum air dalam bekas coklat, sebab tiba-tiba saja airnya berkurang."
Gadis yang dimaksudkan tersipu-sipu. Namun, duit seringgit di tangan Mama tetap diambilnya :-p
1 comments:
ehehehhe
kelakor
Post a Comment