Kalau Saya Dah Tingkatan...
>> Thursday, July 19, 2012
Fatimah datang dengan wajah yang sedih. Pipinya kembung. Matanya sayu. Penghayatan setahap Fasha Sandha.
"Mama..."
"Hmmm?"
Dia tunduk. Kakinya menguis-nguis lantai. Dua tangan disorok di belakang.
"Nanti kalau saya dah besar, dah tingkatan, saya malaslah nak sekolah lagi."
Habis? Kamu nak Mama kahwinkan kamu saja?
Saya menahan kata-kata itu di kerongkong. Takut-takut jawapannya nanti lebih menusuk jiwa :-p
Darjah Satu pun belum habis, dik non. Tsk tsk.
3 comments:
Kenapa tak mahu sekolah?
Bosan katanya.
Great blog you haave here
Post a Comment