Hafalan Fatimah.

>> Wednesday, July 18, 2012

Saya melipat kain di ruang tamu.

Mereka dua beradik makan mi goreng di ruang makan. Sayup-sayup saya dengar mereka berceloteh. Hai anak-anak, masa makan mana boleh bercakap!

"Nanti lepas makan, Fatimah hafal surah yang Ustazah suruh, tau!"
"Saya kena hafal mukasurat 5. Ada inna... inna..."

[Ameer membaca surah yang dimaksudkan Fatimah]

"Susahlah."
"Nanti darjah 2 kena hafal surah [sekian]. Darjah 3 pula kena hafal surah [sekian]."

Senyap seketika.

"Saya tak nak jadi besarlah."

Tsk tsk. Menitik air mata Mama dengar logik kamu itu, Fatimah.

"Hei, mana boleh tak nak besar! Masa abang kecil dulu pun susah juga. Nanti lama-lama, pandailah."

Oh, anak sulungku! Kali ini, air mata Mama mahu menitik lagi.

Perempuan. Sedih menangis. Suka pun menangis.

1 comments:

SMM 2:33 pm  

like! :)

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP