Tekanan Rakan Sebaya

>> Monday, July 02, 2012

"Eh, Ameer? Kenapa balik pakai baju sekolah? Tiada latihan sukankah hari ini?"
"Ada."
"Habis, kenapa tak tukar baju sukan?"
"Saya malu."
"Tak pakai seluar dalamkah?"
"Pakai."
"Jadi, kenapa?"
"Nanti kawan-kawan ejek saya pakai seluar dalam Abah."
"Eh, apa pula seluar dalam Abah. Itu kan seluar dalam Ameer."
"Longgar."

Baiklah. Seluar dalam yang dikatakan itu tidaklah longgar pun. Bukannya kiwir-kiwir macam bendera. [Nota: Kiwir-kiwir itu saya andaikan bahasa jawa. Ibu saya selalu menuturkannya untuk memberi erti terkibar-kibar.]

Malah, tidak juga ia bergambar kek cawan atau lolipop apatah lagi berwarna merah jambu. Ia sekadar berwarna merah hati polos yang suram.

Cuma mungkin, bahagian di pahanya agak besar kerana adakalanya saya belikan seluar dalamnya di bahagian dewasa kerana dia tidak mahu seluar dalam yang bercorak-corak, seperti kebanyakan seluar dalam kanak-kanak.

Itu pun dia sudah malu.

Aduh, tertekan juga rupanya menjadi budak lelaki!  

6 comments:

knv 10:45 am  

boxer eh? si akmal pun pakai boxer dah. berangin la sikit hehehe.

tinidewi 11:31 am  

bozer selesa ke nak sarung seluar? ai ingat bozer ni orang pakai utk tido je hehehe...

tinidewi 11:32 am  

aiseh... typo daaa... z dekat dengan x kah3x.

knv 1:22 pm  

entah si akmal tak pernah pulak komplen. memang feveret dia la sekarang ni. dah lama tak beli brief tu.

Milky Way 3:36 pm  

boxer menyihatkan lelaki...husband aku ckp hihihhi

Ummu Auni 3:52 pm  

tekanan perasaan :P

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP