Si Penulis Nota.
>> Thursday, July 05, 2012
Fatimah seorang yang jiwa-jiwa. Di hatinya ada macam-macam rasa. Dan dia suka sekali meluahkan rasanya dengan pena. Selalu saja saya menemukan nota-nota di atas lantai, terselit di bawah sofa dan bergumpal-gumpal di dalam beg sekolah.
Pada mulanya nota-nota itu ditujukan buat saya. Terutama apabila dia bersedih, ada saja nota ditulis. Jangan main-main, dia pernah menulis:
Mama, saya nak mati.
Mama, saya nak lari dari rumah.
Siap dengan lukisan air mata berjuraian.
Terbaru, saya mengutip sehelai kertas hijau yang menggeletak di atas lantai berbunyi begini, "Mama, nak tea. Cepatlah Mama, hidung saya tak boleh bernafas."
Oh, drama sekali.
Kemudian, ada juga nota-nota untuk rakan-rakan sekolah.
Izzian, saya minta maaf sebab mak saya suruh tukar tempat duduk dalam kelas.
Hmm.. yang ini, saya tak tahu kenapa nama saya yang dikambinghitamkan. Sedangkan saya tak ada pun minta mereka dipisahkan semasa perjumpaan ibu bapa dan guru. Malas mahu bertanya dengan guru kelas. Biarlah mereka selesaikan sendiri konflik ini. Nama pun budak-budak.
Aisyah, minta maaf. Saya dah tak kaya lagi.
Anakku, sebelum ini pun kita tak kaya. Ini satu lagi kes yang sukar saya fahami. Saya tak faham kenapa kawan Fatimah yang seorang ini minta RM1.50. Fatimah memang seorang yang menghargai persahabatan. Segala permintaan rakan mahu dipenuhinya. Jadi, apabila saya menolak permohonan elaun tambahan, dia sangat-sangat sedih. Apabila dia sedih, nah, dengan penalah dia meluah rasa.
Memandangkan saya selalu terjumpa ia merata-rata, jelas bahawa nota-nota ini tak pernah sampai kepada yang ditujukan. Kecuali saya yang kerjanya memang mengutip sampah :-p
Fatimah. Unik sekali dia itu, bukan?
10 comments:
hahahah!
unik! entah-entah, mak dia dulu pun macam tu jugak kot? hahaha.. ampun!
hahah itu permulaan utk menulis diari laaa...tapi sbb fatimah suka buat sampah...sbb tu tulisan smua bercicirannnnn
heheh suka baca blog ni sbb selalu teruja cerita2 tentang Fatimah..unexpected..lain dr kanak2 lain..;)
Knv,
Just so you know, watak Aisyah yang disebut bukan anak hang hehehe. Apparently, Fatimah ada ramai kawan nama Aisyah. Name of the milleniumlah, kot. Semua parent letak nama anak Aisyah kah3x. Setiap kali dia bercerita, ai kena tanya, Aisyah yang mana?
Mynie,
Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi, ya? Hehehe...
Leila,
Aku rasa dia malu nak pass nota tu hehehe. Sebab kalau aku terjumpa nota dia pada aku, dia mesti malu-malu kucing gitu.
me01my,
Kalau setiap perangai anehnya ditulis, tebal dah kot buku nota. Ntah2 boleh tulis novel.
somehow i just see her in you..:D
akak kumpul kesah die boleh buat novel "si Fatimah yang jiwa-jiwa".. comel sekali.. hihihi
paling terkesan "saya dah tak kaya lagi".. :D
kak tini.. tulis buku la cerita2 fatimah ..kak tini wajib menulis buku ni..baca blog pun tergelak2..sy mesti beli..blog pun singgah hari2.. kecewa kalau xda entry baru..
asz,
amboi, hang mengata aku kah? kah3x.
sikulat,
memang ntah apa-apa entah fatimah tu :-p
anon,
eeerrr... buku? takut takde publisher nak publish :-p
nak pecah perut la baca entry ni...anak aku pun sama suka tulis nota...termasuk yg kecik tu, tulis nota tapi x faham biji butirnya
Post a Comment