He Who Worries.
>> Thursday, July 05, 2012
Haji Mad ada aktiviti bersukaria yang disamarkan sebagai 'program pembinaan insan' di Langkawi. Dia bertolak pada petang Selasa dan akan kembali pada Sabtu malam.
Pada hari Rabu, saya terima SMS bertanyakan keadaan kami anak beranak.
Pada hari Khamis, saya terima satu lagi panggilan bertanyakan hal sama dari orang yang berbeza.
Aduhai. Perginya cuma beberapa hari. Perlukah dia berpesan kepada semua orang untuk tengok-tengokkan kami?
Dan, bukannya dia ke luar negeri.
Tak tahulah sama ada saya perlu kembang punggung atau rasa sebal.
Rasanya kain batik saya sudah pun koyak tak boleh dijahit lagi.
6 comments:
Dewi, alhamdulillah..walau dia jauh..ingatan pd kau & anak2 x pernah luput..seronok aku dgr..kalau nk kau nk rasa kembang pun..apa salahnya..kekekeke..
hehe..adakah haji mad tidak pernah outstation sblm ni? sbb tu riso lebih..
sayang & cinta kamu kerana Allah :)
so nak beli kain batik baru la bajetnya? heheheh
Pantul,
Tapi, takde pula dia tepon aku masa kat sana tu :-p
Zill,
Memang jarang outstation pun kah3x. Lagipun, wife dia tengah sarat mengandung :wink:
Ummu Auni,
Harapnya gitulah :-p
Knv,
Takde makna kak non. Punyalah banyak kain batik orang bagi time kawin dulu. Almaklum, kawin ore kelate :-p
kak,mesti le die syg wife die si mata cantik ni,huhu
Post a Comment