Terkeliru lagi.

>> Wednesday, August 15, 2012

"Fatimah, bangun! Jom makan."

Berkali-kali menggoncang-goncang badannya, barulah dia membuka mata. Itu pun mahu dikatup semula.

"Mama simbah air nanti!"

Dia bangun perlahan-lahan. Dengan wajah sebal, dia terus duduk di meja makan.

"La, pergilah cuci muka dulu. Cuci tangan sekali."

Dia mencebik. Saya jegilkan mata. "Fatimah!" Abahnya pun sudah mengancam. Malas-malas dia mengangkat punggung ke dapur.

Selepas makan, tiba-tiba dia berkata dengan muka tagih simpati, "Mama, saya rasa tak nak pergi sekolah pagilah sebab saya tak siap kerja rumah."

Eh, apa hal pula tiba-tiba?

"Tak boleh! Buat kerja rumah itu sekarang."

"Tapi saya tiada pensel warna."

"Dah berkali-kali Mama belikan pensel warna. Asyik-asyik hilang saja. Mama dah ingatkan, jaga barang elok-elok. I am not going to buy you a new one. Earn your own money. Sekarang ini, pinjam dulu pensel warna abang."

"Tapi, duit tabung saya dah habis."

"Baguslah itu, suka sangat korek duit tabung beli benda bukan-bukanlah, kan? Terimalah sendiri akibatnya."

Dia terus terdiam. Saya berlalu ke ruang tamu.

Tak lama selepas itu, Haji Mad datang membawa perkhabaran.

"Fatimah mandi lepas itu pakai baju sekolah. Berbuka tadi dia ingatkan makan sahur."

Kah3x. Tidur lepas asar lagi. Patutlah tiba-tiba kalut tak siap kerja rumah :-p

5 comments:

sitynuress 3:26 pm  

adeii pengsan aku gelak baca cite fatimah ni.. so funny!!

sikulat 5:55 am  

even Ika (anak ku berumur 7 tahun ) ini pun gelak bile cerita si Fatimah ini... hehehhe

Ummu Auni 10:37 am  

Fatimah, isk isk. Kamu kena rajin bangun. Anak dara tak boleh malas.

(dalam hatiku, kekadang perangai anak ni menurun mak ayah dia, adakah fatimah menurun kak tini :P)

SMM 11:15 am  

funny & comel hehe :)

Zuraimah Ismail 5:08 pm  

sebaik x berguling kat ofis ni....lawak la Fatimah ni....

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP