Always Up-to-date.

>> Thursday, August 30, 2012

"Fatimah mana, Meer? Tak nak makan?"
"Atas, kot."
"Tolong panggilkan adik."
"Fatimah, turun makan!"

Allahu Akbar, Ameer. Kalau setakat menjerit, suara Mama lagi kuat. Sabar sajalah.

"Fatimah, buat apa kat atas itu? Turunlah, Mama suruh makan. Nanti lambat pergi sekolah agama."

Panjang lagi skrip si abang terpekik terlolong memanggil adiknya. Aduhai, malulah dengan jiran belakang rumah.

Setelah nak tercabut anak tekak si abang memanggil, barulah Fatimah turun terkedek-kedek. Nampak saja muka adiknya, tak habis-habis mulut si abang menceceh.

"Fatimah buat apa? Ha, tengok youtubelah itu. Video lagu-lagu mat salih, kan? Justin Bieberlah, Lagy Gagalah. Tak pun, tutorial mekap-mekap."

Dengan wajah selamba dan nada bersahaja, Fatimah menjawab, "Taklah, Gangnam Style."

Gangnam style apakah? Oh. Nampaknya anak daraku ini lebih tahu perkembangan semasa berbanding emaknya :-p

Malas nak google apakah itu Gangnam Style :-p

2 comments:

aida 4:41 pm  

ada video youtube lagu raya dengan aksi gangnam style.. i pun tak sure... malas nak layan

tinidewi 8:39 am  

dah tengok dah video clip original gangnam style tu i.e. PSY. oppa kunun, pakcik boroi adalah! kah3x.

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP