Watak Baru.

>> Tuesday, October 09, 2012

Aliyah Nurjannah memang sporting. Dia tahu mamanya rungsing perut geleber tak juga leper-leper. Jadi, dia bangun di sepertiga malam pada jam 3.30 dan paksa saya berjalan mundar-mandir, turun naik tangga, goyang pinggul ke kiri ke kanan ke depan ke belakang tanpa henti. Saya cuba bertahan. Peluh menitik-nitik dari dahi. Lutut menggigil. Perut rasa tegang. Lebih-lebih lagi ketika menaiki tangga. Kalau Mak tahu, minggu depan pun belum tentu habis saya dibebeli.

Namun akhirnya saya terpaksa mengalah. Maklum saja, masuk tidur jam 1, belum sempat mimpi dah bangun. Sebaik sahaja azan Subuh habis berkumandang, saya pun kejutkan Haji Mad. Mujurlah bapa mithali itu sanggup menukar shif. Selepas menggosok tudung Fatimah, saya pun tumbang. Entah bila masa Aliyah Nurjannah tidur. Bangun-bangun saja nampak dia elok tergolek sebelah saya.

Alih-alih terpacul Aliyah Nurjannah ya?

:senyum:

2 comments:

Lynn 11:22 am  

sedapnya nama! :)

SMM 11:22 am  

wow, cantiknya nama :) like!

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP