Ameer dan Trofi.

>> Friday, November 09, 2012

Bunyi bas menderu dan berhenti di hadapan rumah. Ah, kanak-kanak sudah balik sekolah agama. Kakiku pantas menuruni tangga.

Di balik pintu kudengar suara Fatimah menjerit, "Mama, Mama!"

"Password, please."

"Assalamualaikum, Mama!"

Pintu itu dikuak. Terpacul wajah Ameer yang berbaur-baur. Entah kenapa ada kelibat bahagia terselit duka. Mataku terus tertancap pada tangannya.

"Apa itu, Ameer?"

"Hadiah, Mama. Pencil box dengan trofi. Sebab saya dapat nombor dua." Wajah itu bersulam bahagia.

"Oh."

Tiba-tiba matanya diselubungi awan kelabu. Bulat memandang. Dan suaranya mengendur. "Mama tak dapat datang tengok saya ambil hadiah sebab Mama kena jaga Aliyah, kan?"

"Hmm."

Itulah saja jawapan yang boleh kujawab kepada seorang kanak-kanak yang kecewa. Apabila dia berlalu ke dapur, aku terus menyenggol Fatimah.

"Ramai parents yang datang tadi?"

"Ramai, Mama. Sebenarnya semua ibu bapa kena datang."

"Jadi, kenapa tiada sesiapa yang beritahu Mama?"

Kesal lagi menyebalkan.

11 comments:

aida 9:58 am  

tak apalah kak tini :)
next time ada lagi, insya Allah

tinidewi 10:55 am  

ameer memang selalu lupa bagi info & surat dari sekolah :-(

Ummu Auni 10:57 am  

adui :P

yatiscloset 11:12 am  

alahai sedihnya! insya allah nx time mama leh tgk live amin :)

CT 12:15 pm  

uwaaa....kalo aku kat tmpt ko..sure dah mengalir dah air mata...sedey sbb anak x bgtau tu 1 hal, aku x amik tau pun 1 hal (selalu la jadi sbb aku x check bag sekolah dia)...huhuhuuh

tinidewi 12:46 pm  

dah tanya banyak kali sebelum tu. member dok keruk2 kepala, jawab saya lupa, kemudian sambung bermain game.

hal main game saja yang dia takkan lupa.

Smiley 4:30 pm  

alahai akak..kesiannya...sedih gak..takpela .,.tade rezeki...

yatiscloset 4:44 pm  

sy pon terkilan gak. even tho dpt tgk live, gambar blur sbb terlalu pantas naik stage tu. gambar cikgu je yg nmpk cun grrr

aliss 7:05 pm  

Ameer cerdik.. InshaaAlLah.. Akan ada lagi lepas nih?.

Wan Norashikin Kassim 5:39 am  

Dia paham mama kena jaga adik kot...

Anonymous 2:48 pm  

stated nearly everybody payback their particular financial products by the due date as well as not having outcomes
A number one credit card debt nonprofit charities can expect how many most people checking out individuals pertaining to assistance more than payday advance money owed to be able to increase it. debt charity reveals about have used the particular temporary, increased appeal to financial loans this coming year. A nonprofit charities reveals 3 years gone by the numerous customers using them appeared to be small.
pożyczki prywatne
szybka pożyczka
kredyt chwilówka odsetki
pożyczka na dowód
kredyty pozabankowe kalisz

http://pozyczki-prwatne.com.pl
http://pozyczki-prwatne.com.pl
http://kredyty-bez-bik.org.pl

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP