Nasi Goreng.

>> Sunday, November 18, 2012

"Mama!"

Laju-laju dia menuruni tangga dan terus ke dapur.

"Ya?"
"Ada orang masak nasi goreng ke?"
"Ya, Mama masak nasi goreng. Ameer nak?"
"Nak!"

Kuraih pinggan di rak dan nasi goreng dicedok ke dalam pinggan.

"Hmm... sedapnya bau. Macam nasi goreng nenek."

Bunga-bunga kembang mekar di taman hati. Dipuji masakan persis nenek umpama mendapat hadiah Nobel. Tersenyum simpul kuhulur pinggan.

"Tak sama. Nasi goreng nenek lagi sedap." Sekadar berbahasa basi dengan harapan dipuji lagi.

Pinggan itu diambil dan dengan wajah selamba dia berkata, "Memang," seraya berlalu ke ruang makan.

Cait! Baru saja nak ditimpa perasaan. Buat spoil saja. Dasar kanak-kanak jujur!

4 comments:

Ummu Auni 10:05 am  

jujurnya :p

Smiley 11:01 am  

eheh..comel

knv 4:30 pm  

hahahahahahahhaah! :D

Deena Yahya 9:58 pm  

begitulah anak-anak

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP