Maryam Tak Boleh Bercakap 4.
>> Monday, January 19, 2015
 Doktor Vincent menerangkan prosedur yang akan dibuat dengan lebih 
lanjut. Maryam akan dibius sebelum prosedur dijalankan. Oleh itu, dia 
tak boleh makan dan minum lapan jam sebelum dibius. Dalam erti kata 
lain, kena puasa. Dalam keadaan tidak sedar itu nanti, kamera akan 
dimasukkan ke dalam saluran hidung. Selain itu, ujian pendengaran juga 
akan dijalankan.
 Saya fikir prosedur yang dijalankan itu mungkin nama perubatannya ialah endoskopi. Kalau salah, mohon betulkan.
 Tarikh prosedur kemudiannya ditetapkan. Namun, dua kali Dr. Vincent 
menghubungi saya untuk menangguhkan prosedur tersebut atas sebab-sebab 
tertentu. Saya layankan saja.
Pada hari yang ditetapkan, kami datang ke Unit Kecemasan seawal pagi. Pihak hospital berkali-kali mengingatkan agar kami datang mendaftar pada jam 7.30 pagi. Dengan kalutnya kami berkejar ke hospital selepas Subuh. Namun, apa yang berlaku pagi itu memang membuat kepala saya berasap.
Bersambung.
Pada hari yang ditetapkan, kami datang ke Unit Kecemasan seawal pagi. Pihak hospital berkali-kali mengingatkan agar kami datang mendaftar pada jam 7.30 pagi. Dengan kalutnya kami berkejar ke hospital selepas Subuh. Namun, apa yang berlaku pagi itu memang membuat kepala saya berasap.
Bersambung.





2 comments:
salam kak tini..tulis sahaja..bila anak-anak dah besar nanti mereka baca blog ibu sebagai kenangan dan tahu pengorbanan ibu :)
mungkin juga pengalaman akak berguna buat ibu2 yg lain
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment