>> Monday, April 26, 2004

Benda kesayangan.

Bercakap tentang kasut Aida & Aini yang dah buruk & berlubang2, teringat pula di suatu masa dahulu, aku pernah ada beg yang dibawa setiap hari dan selipar yang dipakai kemana2 hatta ke kuliah sekalipon.

Beg tu beg biasa... entah apa brandnya (takde brand kot?) yang aku beli dengan duit sendiri, cuma RM19.90 saja harganya. Duit aku bekerja di restoran. Dibeli satu hari sebelum hari pendaftaran universiti. Beg itu warna biru. Biru macam seluar jeans. Disandang atas bahu. Tiada apa yang boleh dibanggakan pun, tapi beg ni la yang aku bawa kehulu kehilir. Sampai masa makan di foodcourt unitele pun, aku tak nak letak beg di bawah. Sanggup pakai kat bahu. Mamat yang makan dengan aku selalunya malu aku buat macam ni hahahaha (eh, mamat mana ni yek?)

Selipar pula, memang malu aku nak cerita. Bukannya selipar yang glamer ke hapa. Alah, selipar getah yang boleh beli kat carrefour, RM5 pon dapat agaknya. Selipar yang Ina pakai untuk pegi toilet pon lebih lawa daripada selipar kesayangan aku ni. Tapi selipar ni jugak yang aku sayang. Pegi kelas pon pakai selipar ni. Biar la orang pandang aku semacam, selekeh ke hapa ke, aku tak peduli. Ada apa dengan kasut? Selipar pon sejenis kasut juga. Beli mahal2 pon, terpijak tahi juga hahahaha.

Ya, pegi dating pon aku pakai selipar ni jugak.

Beg kesayangan aku ni masih ada lagi tersimpan kat stor rumah vista angkasa. Dah buruk dah, warna pon dah jadi kelabu. Aku dah jahit bahagian yang terkoyak, tapi nampaknya memang dah buruk benar kainnya, dah koyak balik. Selipar pula, tak tahu mana perginya. Aku beli selipar baru bila dah buruk sangat, sampai bunganya dah licin. Mula-mula aku simpan juga selipar ni, tapi entah mana peginya. Agaknya housemate aku buang masa diorang sapu depan pintu. Buruk sangat la katakan hahahahaha.

Teringat lagi di zaman universiti, pergi kuliah (ada la dalam dua tiga kali seminggu muahahaha) pakai seluar jeans yang dah terkoyak2 kat hujung kaki & tshirt buruk saja. Lipstik? Apa benda tu dek?

Seselekeh aku ni, ada juga orang nak mengorat hahahaha cam lawak je. Ramai peminat wooo aku ni, hensem2 lak tu. (Segmen perasan)

Anyway, sekarang dah bekerja, agak smart la skit. Kalau aku sempoi sangat, ada je orang komen hehehehe. Laa, pakai kasut macam tu je? (merujuk kepada kasut maternity aku) Laa, macam tu je pegi opis, begnya mana? (merujuk kepada pemakaian baju kurung ada poket ataupon seluar khakis yang gerenti banyak poket) Pakai lawa pon ada juga orang komen muahahahaha tak pakai baju boleh tak? --> ikut fatwa astora jabat.

Off record sekejap, eh dengar2 astora jabat akan digam oleh JAKIM ye? tapi mamat tu claim dia yang memilih untuk berhenti hehehe.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP