>> Monday, November 29, 2004

HAHAHAHA. Gelak sepuas-puas hati aku.

Suits you right, Mr. Maybank!

Kali ini baran aku bukan main-main. Aku tak mahu jadi rakyat Malaysia yang suka membebel, tapi tak buat apa-apa untuk mengubah keadaan.

Jadi bila Maybank kata, kamu kena bayar RM12 setahun (bahasa halus yang mereka gunakan, hanya RM1 sebulan) untuk perkhidmatan internet banking Maybank2u dan RM2 untuk setiap transaksi pemindahan antara bank (sebelum ini hanya RM1), aku rasa aku patut ambil tindakan. Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.

Tengahari tadi aku buat keputusan untuk menutup akaun. Tanpa tangguh-tangguh, tengahari tadi juga aku pegi bank dan tutup akaun. Hah, padan muka ko Maybank, walaupun aku tau duit aku tak seberapa kalau dibandingkan dengan duit berbillion-billion yang ko ada. Ntah-ntah cuma 0.000001% saja.

Tapi hati aku puas. Batin aku bersorak yay!

Dan tahu bagaimana mereka membalas dendam terhadap aku?

Mereka biarkan aku menunggu selama satu jam untuk menyelesaikan segala urusan. Mau tahu apa lagi? Aku juga baru dapat tahu kalau membuat banker's cheque, kena caj RM5. Dulu cuma RM2.50. Wah... nampaknya semua dah jadi dua kali ganda.

Kaya betul Mr. Maybank. Meletak caj pada yang bukan-bukan. Dan menaikkan caj senang lenang.

Takpe, aku sebagai pengguna punya pilihan. Esok, agenda utamaku ke Bank Islam.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP