>> Monday, November 29, 2004

Total Amount: RM 6356.20

Yang kat atas tu, perbelanjaan perubatan kami sekeluarga. Dari Januari 2003 hingga sekarang. Itupon tak campur lagi dengan pembayaran untuk Darul Ehsan Medical Center, semasa kami demam denggi. Agaknya yang itu belum dibuat bayaran lagi.

Nasib baik semua tu syarikat yang bayar. Kalau sendiri, ayak! Mau botak kepala Mat Tabligh yang sedia botak.

Oh.. rasanya Mat Tabligh dah tak sesuai lagi dipanggil Mat Tabligh. Dia dah lupa daratan. Dalam kepala otaknya cuma ada Siti Sojourniah.

Memang aku marah, sebab dia menduakan aku terang-terangan. Kalau Siti Sojourniah tu perempuan cantik dan lawa, potongan badan menggiurkan 36-26-36, takpe la kan. At least aku sedar, siapalah aku dibandingkan dengan dia. Tapi ni?

Benda tak bernyawa.. sekadar skrin hitam dengan font arial 11 bertukar warna hijau, putih, merah, biru. Sekali pandang, memang tak taste langsung. Kalau games bergambar siap dengan sound effect yang power tu, boleh la kita paham kenapa. Ni, langsung aku tak paham keistimewaannya. Bak kata Wan Kamaruddin, apa kejadahnya? Kan?

Patut ke? Patut ke dia menduakan aku macam ni? Perlu ke?

[Gambaran mental: Mulut aku mucung-muncung dengan tangan aku digawang-gawang ke udara, ala-ala Mami Jarum gitu tanpa barang kemasnya]

Orang lelaki ni macam-macam. Ada yang sayangkan kereta. Ada yang hidup matinya dengan rokok. Ada yang tergila-gilakan golf. Ada yang hobinya memancing hingga lupa bini dan keluarga. Ada yang gila bekerja. Paling tak best, yang minat perempuan, bukan satu tapi banyak-banyak perempuan.

Mesti ada satu benda yang mereka minat macam nak gila. Kalau anda bernasib baik, minat dia nombor 2, anda sebagai isteri/aweknya masih nombor satu. Kalau yang tak bernasib baik, nasib la koraannnggg..... Macam aku ni ha.

Makan hati berulamkan jantung.

Cuba tengok macam orang perempuan. Minatnya BERMACAM-MACAM muehehehehe. Tapi takde la sampai gila cam orang lelaki :P

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP