>> Sunday, November 28, 2004

Ini satu pertembungan budaya yang aku tak berapa gemar. Sekurang-kurangnya, setakat ini. Esok lusa mungkin berubah.

Arwah bapak aku ajar, jangan datang ke rumah orang di waktu pagi. Kalau nak pergi juga, selepas pukul sepuluh. Kerana pagi tu ruang peribadi. Orang nak mandi. Nak kemas rumah. Nak itu ini.

Tapi lain cerita budaya yang lagi satu. Nak pegi pukul berapa-berapa pon takpe. Tensi jugak aku dibuatnya. Sebab aku rasa, ruang peribadi aku dah dicerobohi.

Patutlah arwah bapak aku pernah bagi komen, mereka memang suka bertandang.

OK, aku dah kena pegi rumah seorang lagi makcik. Ggrr!

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP